Tuesday, March 6

Kadang-kadang, kita cepat hilang sabar.

بسم الله الرحمن الرحيم

"Hadapi musibah dengan tenang dan sabar."


"Eh, tak payah lah pujuk aku suruh sabar."

"Diam ahh, kau tak rasa apa yang aku rasa!!!"

"Kau takkan faham keadaan aku, walaupun kau cuba."

"Elleh kau, cakap senang la 'sabar-sabar', nak buatnya susah."

Mungkin ini antara ungkapan-ungkapan yang sering terucap bila orang menasihati kita supaya bersabar pabila ditimpa ujian.

Manusia seringkali melenting, pantang betul bila ditegur, dinasihati.

Kadang-kadang, kita cepat hilang sabar apabila ditimpa ujian.

Mulalah menyalahkan takdir, menyalahkan orang lain. Mulalah mengeluh, itu tak kena, ini tak kena.

Kenapa tak sabar tempuh segala masalah, rintangan dan ujian hidup? Bukankah Allah dan Rasul dah ajar kita bagaimana menempuh segala kesusahan?


Ujian: Tak lari dari kehidupan.

Setiap orang pasti ada ujian yang ditempuh masing-masing sepanjang kehidupan.

Ingat! Allah tidak janjikan kepada kita kesenangan hidup di dunia yang berpanjangan bukan? Kadangkala Allah uji kita dengan ketakutan, kelaparan, kekurangan harta dan banyak lagi.

وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَوفْ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الأَمَوَالِ وَالأنفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ

"Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar." [Al-Baqarah, 2: 155]
Banyak variasi ujian yang Allah bentuk untuk menguji manusia. Percayalah dengan janji Allah, Allah tidak akan bebani kita dengan bebanan yang tak mampu kita pikul.

لاَ يُكَلِّفُ اللّهُ نَفْساً إِلاَّ وُسْعَهَا

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya." [Al-Baqarah, 2: 286]
Tetapi, manusia seringkali berkeluh kesah apabila datangnya kesusahan. Seringkali merungut apabila ditimpa bencana. Seringkali mencarut apabila munculya masalah. Seringkali berputus asa apabila mendapat ujian.

Mengapa sedemikian? Mengapa tidak sabar dan kembali kepada Allah apabila ditimpa sesuatu musibah?

Mengapa harus membenci masalah dan kesusahan, sedangkan ia tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan? Mengapa haru berputus asa saat mengalami kesusahan hidup, sedangkan kemudahan yang Allah janjikan sebagai jalan keluarnya lebih banyak? Mengapa harus berkeluh-kesah, sedangkan apa pun masalah yang datang, ia akan berlalu jua akhirnya?

Maka mengapa masih tidak bersabar?


Rasul contoh agung.

Rasul-rasul dulu didustakan tetapi mereka sabar.

وَلَقَدْ كُذِّبَتْ رُسُلٌ مِّن قَبْلِكَ فَصَبَرُواْ عَلَى مَا كُذِّبُواْ وَأُوذُواْ حَتَّى أَتَاهُمْ نَصْرُنَا وَلاَ مُبَدِّلَ لِكَلِمَاتِ اللّهِ وَلَقدْ جَاءكَ مِن نَّبَإِ الْمُرْسَلِينَ

"Dan sesungguhnya telah didustakan (pula) rasul-rasul sebelum kamu, akan tetapi mereka sabar terhadap pendustaan dan penganiayaan (yang dilakukan) terhadap mereka, sampai datang pertolongan Allah kepada mereka. Tak ada seorangpun yang dapat merobah kalimat-kalimat (janji-janji) Allah. Dan sesungguhnya telah datang kepadamu sebahagian dari berita rasul-rasul itu." [Al-An'am, 6: 34]
Ramai yang maklum, dakwah Rasulullah ditentang hebat. Baginda dicela, dimaki oleh bapa saudaranya sendiri.

Baginda dilempar batu ketika di Toif sehingga tubuhnya berlumuran darah. Sehinggakan malaikat 'offer' untuk terbalikkan bumi Toif. Tetapi, Rasulullah menolak 'offer' tersebut, malah mendoakan penduduk Toif.

Namun, baginda terus sabar dan tetap dalam jalan dakwah. Maka siapakah yang mencontohi Rasulullah?

Jiran Rasulullah selalu cuba untuk menyusahkan perjalanan Rasulullah. Jirannya selalu melemparkan najis hari demi hari. Satu ketika, halangan tidak ada. Rupa-rupanya jiran Rasulullah jatuh sakit. Apa yang Rasulullah buat? Rasulullah ziarahi jirannya dan memberi makan jirannya itu.

Rasulullah selalu memberi makan pada pengemis Yahudi buta di pasar. Setiap kali bertemu dengannya (dalam keadaan lelaki buta itu tidak tahu siapa orang yang menyuapnya makanan), lelaki itu menghina, mencerca, mencela Rasulullah.

Namun, baginda terus sabar dan berbuat kebajikan. Maka siapakah yang mencontohi Rasulullah?

Banyak lagi contoh daripada Rasulullah yang kita boleh teladani dalam skop kesabaran.

Sekiranya awal-awal lagi Rasulullah SAW dah mengeluh dan berputus asa, tak sabar, agak-agak Islam sampai tak pada kita hari ini?


Sabar itu besar ganjarannya.

Sabar itu besar ganjarannya. Besar ganjaran daripada-Nya. Tak rugi pun kita bersabar, malah kita beruntung kerana dapat ganjaran daripada Allah lagi.

Orang yang bersabar akan mendapat keampunan dan pahala yang besar daripada Allah.

وَلَئِنْ أَذَقْنَاهُ نَعْمَاء بَعْدَ ضَرَّاء مَسَّتْهُ لَيَقُولَنَّ ذَهَبَ السَّيِّئَاتُ عَنِّي إِنَّهُ لَفَرِحٌ فَخُورٌ. إِلاَّ الَّذِينَ صَبَرُواْ وَعَمِلُواْ الصَّالِحَاتِ أُوْلَـئِكَ لَهُم مَّغْفِرَةٌ وَأَجْرٌ كَبِيرٌ


"Dan jika Kami rasakan kepadanya kebahagiaan sesudah bencana yang menimpanya, nescaya dia akan berkata: "Telah hilang bencana-bencana itu daripadaku"; sesungguhnya dia sangat gembira lagi bangga, kecuali orang-orang yang sabar (terhadap bencana), dan mengerjakan amal-amal soleh; mereka itu beroleh ampunan dan pahala yang besar." [Hud, 11: 10-11]

Orang yang bersabar akan dianugerahkan sifat-sifat yang baik kepadanya.

Font size
وَمَا يُلَقَّاهَا إِلَّا الَّذِينَ صَبَرُوا وَمَا يُلَقَّاهَا إِلَّا ذُو حَظٍّ عَظِيمٍ

"Sifat-sifat yang baik itu tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang sabar dan tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang mempunyai keuntungan yang besar." [Ha Mim, 41: 35]
Sabar itu besar ganjarannya, mengapa kita masih mengeluh dan berputus asa?


Sabar menempuh ujian. Mampukah?

Mampu tak kita sabar seperti Bilal bin Rabah yang diseksa, diletakkan batu besar atas dadanya di terik panas kerana Bilal mentauhidkan Allah?

Mampu tak kita sabar seperti Khabbab bin Arat yang dipanggang kerana tauhidkan Allah?

Mampu tak kita sabar seperti Sumayyah yang disula kerana tauhidkan Allah?

Jika nak bandingkan, ujian yang kita dapat, tak setanding ujian yang mereka dapat. Ujian kita, tak setanding ujian para anbiya', tak setanding dengan ujian para sahabat.

Tetapi apa respon mereka terhadap ujian yang berat itu? Mereka bersabar dan menempuhnya tanpa keluh-kesah dan putus asa. Mereka terus menempuhnya dengan penuh yakin dan meletakkan pergantungan hanya kepada Allah. Mereka tegar bersama Allah. Mereka sabar pada hentakan yang pertama.

Amr bin Uthman al-Makki menyatakan, "Sabar adalah tegar bersama Allah dan menghadapi ujian-Nya dengan lapang dada dan tenang."

Anas bin Malik melaporkan bahawa Rasulullah SAW menghampiri seorang wanita yang sedang menangisi anaknya (yang meninggal dunia), dan berkata kepadanya, "Takutlah kepada Allah dan bersabarlah." Wanita itu (yang tidak mengenali Baginda) berkata, "Kamu tidak mengalami seperti yang saya alami." Ketika Rasulullah SAW pergi meninggalkannya, dikatakan kepadanya bahawa yang berkata-kata kepadanya itu adalah Rasulullah. Dia berasa terkejut. Dia pun datang ke rumah Rasulullah dan tidak mendapati penjaga di pintunya. Dia kemudian berkata: "Wahai Rasulullah, saya tadi tidak mengenalimu." Maka Rasulullah SAW bersabda, "Sabar itu pada hentakan yang pertama." (Riwayat Muslim)
Mereka semua orang yang sabar dan menahan diri daripada membalas keburukan dengan keburukan juga. Sebaliknya mereka membalasnya dengan kebaikan. Mereka umpama sebuah pokok, apabila dibaling batu, dibalasnya pula dengan buah yang sedap dan manis.

Hal ini memberi kemampuan pada diri mereka untuk mengubah musuh menjadi teman. Inilah antara kekuatan sabar.

Tidak mustahil untuk kita menjadi seperti mereka, kerana mereka juga manusia bukan? Yang berbeza hanyalah iman dan taqwa. Mereka yakin dengan janji Allah, adakah mustahil untuk kita meyakini janji-janji Allah? Tidak! Kita mampu lakukan perubahan pada diri!


Penutup: Maka bersabarlah.

Maka bersabarlah dengan kesabaran yang baik. Ingatlah saudara-saudari sekalian, sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang sabar. Allah menjadi pelindung bagi orang-orang yang sabar. Allah menyukai orang-orang yang sabar. Percaya dan yakinlah!

Bersabarlah dengan kesabaran yang baik. Semailah benih sabar dalam diri masing-masing agar tidak mengeluh dan berputus asa apabila ditimpa musibah.

Tanganilah masalah hidup kita dengan tenang dan bersabar.

Muhasabah buat diri.


والله اعلم




8 comments:

Anonymous said...

Like it . Well developed . Masuk . Keep it up . Thanks :)

Isyraf Imrani said...

Moga bermanfaat :)

D said...

salam. dah gaya macam langtitilahi. hehe

Rtp Farra Arisha said...

yeah. segala ujian yang datang menghampiri haruslah ditangani dengan rasa sabar. pun boleh dengan cara berdoa sehabis baik :')

P/S: love this post!

ameer faris said...

Assalamualaikum , subhanallah mantop! truskan berkongsi..mmbuka ruang mnda utk berfikir dan bermuhasabah diri.. jazakallah khair

Aheed Razlan said...

status:
*bermanfaat. :D

teruskan semangat !

Isyraf Imrani said...

D: :)

Rtp Farra Arisha: moga aplikasi.

Ameer Faris: alhamdulillah, insyaAllah. Muhasabah diri itu penting untuk lahirkan tindakan yang lebih baik.

Mujahid: insyaAllah hehe :D

miranadia said...

sedikit perkongsian

bila ditimpa ujian, saya selalu ingat ayat ni
'Allah uji kita sebab Dia tahu kita mampu hadapinya'