Sahabat? Apa itu sahabat? Ok , aku bukan la nak cerita apa itu sahabat . Teruskan baca, jangan skip-skip . InsyaAllah , post kali ini , mungkin agak panjang .
Beliau dilahirkan pada 27 November 1994 . Mu'az , anta adalah kawan paling baik pernah ana jumpa , selama ana hidup 16 tahun , tak pernah jumpa orang sebaik anta , anta sentiasa tegur perbuatan ana , sejak ana masuk Al-Amin , dari sekolah rendah lagi , ana teringin nak berkawan dengan anta , sebab ana tengok , anta punya hafazan 'power' , so ana berminat untuk dekati anta dengan lebih rapat . Tapi tidak , sekolah rendah tak merealisasikan impian ana berkawan RAPAT dengan orang macam anta . Apabila masuk sekolah menengah , tingkatan satu dan tingkatan dua , kita takdelah rapat mana , tapi apabila lewat tahun 2009 , akhir-akhir tingkatan 3 , ana semakin rapat dengan anta , kalau anta pergi mana-mana , mesti ada bawak balik something untuk ana , banyak benda yang kita selalu kongsi bersama , kita selalu story-mori , alhamdulillah , ana dah bangun sekarang , ana dah sedar sekarang . Masuk tingkatan 4 , kita semakin rapat-semakin rapat dan semakin rapat , hampir setiap hari anta mengingatkan ana , supaya ana menghafal Quran lebih awal sebelum tasmi' dengan Ust Jumadi . Handphone kita pun sama , cuma colour jer lain . Anta minat Maher Zain , lagu Maher Zain sangat mendalam dan bermakna , lagunya boleh membawa para pendengar menghayati kebesaran dan kehebatan ALLAH . Ust Yasir cakap haritu time main badminton , kita ni adik-beradik , ana abang , anta adik . Ust Jumadi pulak cakap anta anak murid sulung , so ana adik seguru anta la? Tingkatan 4 ni , anta sudah jadi Timbalan Ketua Umum (TKU) , tahun depan jadi Ketua Umum (KU) pulak . Berat amanah yang anta pikul , harap anta manfaatkan sebaik mungkin amanah tersebut dan jalankan dengan baik . Anta selalu tarbiyyah diri ana , banyak ilmu yang ana dapat bila berkawan dengan anta . Walaupun anta kadang-kadang ada banyak masalah , tetapi muka anta tetap sentiasa ceria . Ana gembira dapat berkawan rapat dengan anta , ada banyak manfaat yang ana dapat dari anta , alhamdulillah . Baru-baru ini , 28 Jun 2010 , anta secara officially telah menjadi Al-Hafiz . Mabruk wahai Mu'az . Anta menjadi contoh kepada ana dan kawan-kawan yang lain . Ada satu benda yang ana pelik pasal anta , bila anta cakap di depan , di khalayak ramai , confirm anta cakap laju yang teramat ! Itulah , banyak lagi perkara tentang mu'az ni , *speechless* . Mu'az , orang ni SANGAT RAJIN menghafal Quran untuk tasmi' time tahfiz petang , kadang-kadang dia tasmi' sampai 9 muka sekali harung , sebab tu lah sekarang dia dah jadi Al-Hafiz . Anta selalu dorong ana supaya hafal Quran ! hafal Quran ! Hafaz Quran ! murajaah banyak-banyak ! Mu'az , beliaulah pelajar mithali SRIAAG 2006 , beliaulah TKU SMIAAG 2010 , dan bakal KU SMIAAG 2011 , bakal pelajar mithali SMIAAG 2011 . Semoga beliau menjadi pemimpin yang bertaqwa dan menjadi Qudwah hasanah kepada semua . InsyaALLAH
Beliau dilahirkan pada 3 Mac 1994 . Kau rapat dengan aku dari darjah 3 lagi kan Izzat ? Orang terawal aku kenal dekat Al-Amin ialah kau dan Hakimi , dah lama kita kawan , tapi selalu gaduh , nasib baik gaduh main-main . Banyak benda kita selalu share Izzat . Kau banyak share minat yang sama dengan aku . Time sekolah rendah , kalau kau pergi vacation , ada jer benda yang kau bawak balik untuk aku . Kau ni anak orang kaya , kau selalu belanja aku . Terima kasih kawan . Time sekolah rendah , aku selalu datang rumah kau , sebab nak main game Naruto dekat PS2 , time tu kita lawan ramai-ramai , kita main "King" . Time tu , asyik kau dengan acap jer jadi king , aku tak pernah pon . Kadang-kadang kita pergi rumah Hafidz Rashid , lawan naruto ramai-ramai , balik sekolah balik pukul 6.10 petang . Hampir setiap hari buat camtu , lama-kelamaan korang pulak yang kalah lawan dengan aku , kadang-kadang kita sumer pergi rumah aku , benda ni cam dah jadi kebiasaan time sekolah rendah , naik sekolah menengah , sumer cam da takde minat , so perlawanan yang biasa kita buat sudah lenyap ditelan zaman . Time form 3 , kau ajak aku main satu game online ni , haish , da la tiap-tiap hari online , calon PMR , tapi tak hidup macam calon PMR pon . Dekat sekolah , kadang-kadang dalam kelas pon kita asyik bincang pasal game jer , benda yang 'lagha' . Lebih kurang bulan 8 bulan 9 , 2009 , aku stop main game tu . Tak sentuh langsung , komputer pon tak sentuh . Sekarang ni dah form 4 , ntah macam mane ntah , kita main balik game tu awal tahun , pastu dalam bulan 4 kita dah stop . Sekarang ni , aku tolong kau buat keje kau , dan kau pon tolong aku buat keje aku . Kadang-kadang aku tidur rumah kau , siapkan kerja , then alang-alang tu , main la Nintendo Wii , :D , time aku tidur rumah kau la , kita banyak berkongsi masalah , dan cuba cari jalan untuk selesaikannya . Dalam kelas kau duduk sebelah aku , kau selalu kacau aku , dah la kacau orang , pastu tak malu suruh aku ajar kau apa yang kau tak faham . Takpa , bak kata pepatah "malu bertanya sesat jalan" . Kadang-kadang , kita sama-sama wat sesi muhasabah diri . Izzat , semoga kau menjadi insan yang soleh wa musleh , InsyaALLAH .
Beliau dilahirkan pada 6 September 1994 . Kau masuk SMIAAG time form 2, aku ingat lagi tarikh dia , 1/2/2008 , kan ? betul tak? Time kau masuk tu , hari jumaat . Pagi tu ada usrah , then abang azam hantar kau dekat bawah kanopi dekat dataran . Orang yang mula-mula kau kenal dekat Al-Amin adalah aku . Time awal-awal tu , aku briefing kat kau pasal sekolah ni , then masuk kelas . Dalam kelas kau duduk dekat belakang sekali , time form 2 ni , entah la , kau takdela rapat sangat dengan aku kan . Secara tiba-tiba , aku recruit kau masuk Efel . Tapi Efel ni sekarang entah ada ke tidak . Kau selalu bajet "tough" . Sekarang form 4 , kita dua-dua sama-sama dah pikul tanggungjawab besar , pikul amanah yang berat , dah jadi ketua biro pengawas . Aku tolong kau , kau tolong aku . Sama-sama susah , sama-sama senang . Kadang-kadang macam tertukar biro pulak . Kau selalu bagi tazkirah dekat aku , dan aku bagi tazkirah kat kau , kita sama-sama saling mengingati antara satu sama lain . Kita selalu lawan-lawan "istinbat" hukum , konon-konon kita ni ulama' , berangan jadi ulama' , padahal hukum tu kita dah tau da pun , cuma kita berdebat cara "istinbat" dia . Kita selalu bercerita pasal agama along with Khairul Iman . Kau hebat bermain badminton , walaupun kau tak sehebat aku , aku tetap tabik kau , kau selalu ajar aku main badminton , aku lawan dengan kau tak pernah menang walaupun sekali , kau cakap badminton ni kalau nak power senang jer , main tiap-tiap hari . So , aku decide , bukan la tiap-tiap hari nak main , aku pun banyak lagi benda nak buat , so bila-bila weekend yang free , kita akan pergi main badminton dekat UIA . Kita berlatih la dengan Ust Yasir . Kau , kalau dapat main badminton , mesti nak main dari pagi sampai petang , kau bebas , selalu naik bas ulang-ulang alik dari sekolah ke rumah , tapi kesian , kau naik bas sorang-sorang tiada berteman . Aku ingat lagi time form 2 , kita buat kerja kursus geografi 2 orang jer , kita jalan-jalan area Seksyen 5 Wangsa Maju , nak temu ramah penduduk dia . Time tu bulan Ramadhan , bulan puasa , ada pulak sorang makcik ni , offer kita air , dia ingat kita tak puasa , time singgah rumah Nadim pon sama , dia offer kita air jugak , heh , mencabar nafsu betul , petang tu kita siapkan kerja dekat rumah Haziq then main PS2 , then Haziq ajak bukak puasa kat rumah dia , tapi kita terpaksa balik awal. Time Tamrin (KBM) pulak , slot "sahabat" aku dengan kau kan . Apa pun semoga kau menjadi khalifah yang berguna dan berbakti kepada ummah . InsyaALLAH .
Beliau dilahirkan pada 4 Oktober 1994 . Aku rapat dengan kau sejak form 2 , sebab kau sanggup bantu aku , kau join nasyid . Pada pendapat aku , seriously , suara kau amat sedap . Kau ni selalu dilabel oleh orang dengan perkataan 'emo' . Memang betul , aku tak nafikan panas baran kau , sikit-sikit nak marah , sikit-sikit nak marah . Yang jadi mangsanya aku la , nak dengar kau punya ke-'emo'-an . Aku tengok kau ni , macam bijak dalam sains . Kau suka main Dota . Kau solo nasyid along with me and Suhail Wahid . Aku start panggil kau "Sushi" dan panggil Suhail Wahid "Suwa" sejak form 2 la , sebab bile time latihan nasyid jer , panggil "Suhail" dua-dua pandang . Nama "Sushi" jer yang stay , Suhail Wahid aku selalu panggil Suhail jer , "Suwa" tu jarang-jarang aku panggil . Akibat panggilan tu , sampai hampir satu batch (?) panggil kau Sushi , sampai ada beberapa senior pon panggil kau Sushi , junior aku taktau la , dan sampai ada satu masa tu , Ust Yasir pun panggil kau "Sushi" . Alangkah tak sangkanya aku , nama yang aku panggil hanya untuk kegunaan nasyid sahaja , dah jadi kegunaan umum . Sekarang , kadang-kadang aku akan panggil kau Suhail jer . Kau ni ada bakat yang RARE , kau boleh cam muzik dan dapat dia punya key and note and bla bla bla . Abang Aziz kata , bakat neutral cam kau ni amat rare , 1 dalam sejuta mungkin ? Kita selalu jugak bersaing dalam periksa , tengok sapa score lagi banyak , "kau bape A?" "peratus kau bape" "kau no bape dalam kelas?" "kau no bape dalam batch?" itulah soalan yang biasa keluar lebih kurang 2 minggu selepas peperiksaan ataupon ujian tamat . Kadang-kadang aku bengang dengan kau , sebab kau selalu lepas emo kau dekat aku , tapi kadang kadang aku rase best pulak kau emo dengan aku . yang aku pelik , kalau aku emo , tak boleh pulak . Macam kau sorang jer boleh emo . Dengan suara kau yang sedap , aku sangat suka "test suara" dengan kau . Kita sama-sama minat Mirwana , sama-sama minat nasyid , sama-sama minat Maher Zain , sama-sama minat muzik , walaupun minat aku dekat muzik tak sehebat kau . tapi ada la sikit-sikit . Kini , kau dah jadi Timbalan Amir Andalus . Amanah yang besar . Semoga kau jadi Da'ie yang berkualiti ! InsyaALLAH
Beliau dilahirkan pada 30 November 1994 . Kita kenal dan rapat dari form 1 lagi . Haha , aku ingat lagi kita wat team melukis , namanya Bakat Baru Al-Amin (BBA) . Diketuai Fitri , ahlinya , aku , kau , Haziq dan Nadim . Siap berangan nak buat kelab lagi tu . Then lepas beberapa bulan , team kita bubar . Entah kenapa , otak aku time form 1 ni otak budak kecik , tak baligh lagi pon waktu tu , aku wat team baru bernama Efel . Diketuai aku dan diikuti oleh kau , Haziq , Nadim dan Khairul Iman . Team ni bukan sahaja melukis jer , tapi team kita ni , semua benda kita wat sama-sama , study sama-sama , buat kerja kursus sama-sama , makan pon sama-sama . Itu namanya Amal Jama'ie . Kau ni orang yang tak reti jaga mulut , ada jer benda kau nak kutuk orang , panggil aku macam-macam , kadang-kadang kau ni seorang yang amat lawak . Kau masuk tahfiz bulan 8 tahun 2007 . Kau selalu kacau aku , bukan aku sorang jer , kau selalu kacau orang lain jugak . Kau suka ikut aku , kalau aku cakap "aku kau" kau pun cakap "aku kau" , kalau aku cakap "ana anta" kau pun cakap "ana anta" gak , dan kadang-kadang kita cakap campur jer "aku anta kau ana" . Kau ada pengetahuan Bahasa Arab yang mengkagumkan , asyik score 96 , 98 jer dalam periksa Bahasa Arab , asyik 90 ke atas jer , kau cakap tuisyen dengan Ust Syed , best ! Hari tu aku hampir masuk tuisyen korang dengan Ust Syed , tapi tak jadi . So , selama aku hidup 16 tahun ni , tak pernah lagi aku masuk mana-mana tuisyen . Kalau bab fizikal pulak , dulu kau ni jaaaaaaauuuhhhh lebih pendek dari aku , tapi sekarang? sekarang kau dah lagi tinggi daripada aku . Kulit kau putih melepak (?) Nampak sangat jarang bersukan . Kau ni jenis yang mudah sakit , sama macam aku , aku pun mudah kena sakit , kita sama-sama ada resdung . Kau pun ada bakat melukis , tapi sekarang ni , aku dah jarang nampak kau melukis . Ust Jumadi cakap , kau boleh menghafal Quran kejap giler , tapi kau ni malas dan selalu tak datang kelas tahfiz ! Kalau kau rajin dan selalu datang kelas tahfiz , aku rasa mungkin kau dah boleh khatam 30 Juzu' da , bacaan kau pon baik jugak . Aku tengok , otak kau , macam otak business, kau nak contohi abang kau , kau selalu share bekal kau dengan aku time rehat . Semoga menjadi mukmin yang rajin dan dermawan ! InsyaALLAH .
Beliau dilahirkan pada 15 Mac 1994 . Kau ni orang yang sangat lawak . Time form 1 dulu kau jadi ketua BBA , then tiba-tiba kau nak bubarkan team tu . Kau ada satu bakat yang amat besar , aku rasa bakat kau ni boleh pergi jauh , kau boleh melukis dengan baik . Kau main game yang sama aku main dengan Izzat . Tiap-tiap masa asyik bincang pasal game game game , takde benda lain ke kita nak bincang . Aku rapat dengan kau awal-awal pon , sebab game , tapi sekarang kita dah stop main game tu pon , kita still rapat . So maksudnya kita rapat bukan sebab game la kan ?. Dalam kelas kau duduk sebelah aku , kau selalu seksa aku , geletek aku , tapi aku sabar , kau selalu suruh aku urut kau bila kau ngantuk dalam kelas , kau selalu buat lawak , itu yang menceriakan aku . Kau ada charge positive dan negative yang balance , so jadi la neutral , (apa aku ngarut ?) . Walaupun kau ni seorang yang suka main-main , tapi bila time serius , memang kau akan serius betul . Kadang-kadang kau yang kasi tazkirah dekat aku . Time aku murung , kau akan cuba menceriakan aku , kau buat lawak , and kau tanya aku ada masalah ke . Aku paling tak suka bile kau emo/marah , macam-macam jenis perkataan keluar dari mulut kau . Hari tu kau cakap nak tukar pakej , tapi setakat yang aku nampak ni , kau belum lagi menukarkan pakej kau , kau sorang jer yang sama dengan aku setiap subjek , duduk sama kelas dengan aku setiap subjek , tidak kira subjek elektif mahupun subjek teras , kalau kau tukar pakej , sape nak jadi orang yang sama kelas dengan aku semua subjek ? Kalau kau tukar pakej , takdela orang nak kacau aku lagi setiap kali kelas , kau ni pandai , tapi kau punya pandangan salah , bagi aku la , sebab kau cakap "baik dapat teruk time semester 1 , so semester 2 dapat bagus sikit , ada la peningkatan" peningkatan tu bagus , tapi kita tak sepatutnya target yang teruk kan? Aku suka bekerja dengan kau , sebab bile time urusan kerja , memang kau serius . Kau ada jawatan besar dalam organisasi MASYAB . Iaitu Timbalan Ketua Pergerakan I . Mula-mula kau jadi , kau agak terperanjat dan terkejut , banyak kali dah aku dengar kau cakap nak letak jawatan , alhamdulillah , aku rasa kau dapat menjalankan tugas kau dengan baik walaupun kau macam tak dapat terima lagi hakikat yang kau dah jadi . Fitri , semoga kau jadi pejuang Islam yang berkaliber ! InsyaALLAH .
Beliau dilahirkan pada 4 Ogos 1994 . Arif , aku baru kenal kau tahun lepas , aku tak sangka yang kau minat nasyid . Kau ni ada tabiat pelik , -suka kunyah benda bukan makanan , contohnya ubat pensel , rumput , kertas dan ubat stapler- . Kau ni selalu sms dengan orang , sepanjang masa handphone kat tangan jer , bile aku tanye , kau macam taknak bagitau jer , lepas tu kau mintak aku share kredit . Kau ialah satu-satunya orang yang memanggil aku dengan nama "IM" , berasal dari Imrani . Kau ada kemahiran syabab yang agak tinggi la , semua yang kita pernah belajar , semua kau ingat , ikatan , pertolongan cemas , kawad semua lah . Suara kau kuat , bak kata kau sendiri , kau menggelar diri kau sebagai "speaker" . Kau terer Bahasa Arab , aku taktau kenapa kau terer sangat , sama cam Suhail Wahid . Dulu kau sekolah Hira' , dan aku tengok, ilmu agama kau pun boleh tahan , tapi ilmu jer ada tak guna , kena amalkan ilmu tersebut . Kau selalu lead doa , contohnya time peperiksaan semester 1 , setiap kali sebelum pergi ke dewan peperiksaan , wajib baca doa ramai-ramai dulu , kebiasaannya diketuai oleh kau . Aku kadang-kadang , ada jugak perkara-perkara yang aku share dengan kau . Kau ni seorang yang pemurah , bukan pemurah , tapi amat pemurah . Kau juga ada selera yang besar , aku rasa dalam dua dulang makanan tu , kau boleh habiskan makan sorang-sorang , tak perlu bantuan orang lain untuk habiskan kan? Aku perhati kau selalu jadi goalkeeper time main bola , boleh tahan jugak la kecekapan kau sebagai goalkeeper . Kau ada satu persamaan dengan aku . Cuba teka apa? Ya ! Anda salah ! Cuba lagi ! Apa? Ya ! Tepat sekali ! Jawapannya KIDAL ! . Setakat ni , orang-orang yang kidal yang aku ingat , aku , kau , Rafi (?) , Hafizuddin (?) , kan? Kau pandai Biology , kau selalu ajar aku Bio , nota-nota Bio kau sumer cantik-cantik belaka , kalah banat ! . Semoga kau menjadi orang yang benar-benar jujur dan ikhlas dalam setiap amalan . InsyaALLAH .
Beliau dilahirkan pada 28 April 1994 . Haziq , anta ni budak yang sangat pandai , asyik-asyik dapat A , asyik asyik dapat A . PMR pon da 9A da , PMRI 6A . Baru-baru ni , peperiksaan semester 1 , anta dapat nombor 2 dalam kelas dan juga dapat nombor yang sama dalam batch , iaitu nombor 2 dalam batch . Fuh ! bukan senang nak dapat top 3 dalam batch . Anta pandai melukis , macam Fitri , tapi anta selalu bangga-bangga dengan lukisan anta , memang la cantik , tapi tak payah nak bangga-bangga sangat . Time tahfiz form 1 dulu , anta tasmi' juzu' 1 dengan juzu' 2 laju giler , rupa-rupanyan anta dah pernah hafal , time tula anta jadi ranking kedua dalam tahfiz selepas Mu'az . Anta baca Quran , amat amat lah laju , sampai langgar hukum tajwid segala . Buktinya , tengoklah markah periksa Hafazan dan Tilawah dia , markah Hafazan dia jauh lebih tinggi dari markah tilawah . Anta suka kacau orang , geletek orang , pastu gelak sorang-sorang , itulah tabiat anta setiap hari . Tabiat time belajar pulak , kalau time guru tengah mengajar , anta akan pandang tepat kearah guru tersebut , bile ana tengok anta , mata anta betul-betul bentuk BULAT , terbeliak mata anta melihat guru itu , bersungguh-sungguh anta nak belajar , patutla dapat nombor dua dalam batch . Memandangkan anta ranking kedua selepas Mu'az , so lepas ni , giliran anta pulak untuk habis 30 Juzu' , InsyaALLAH . Lebih kurang lagi 4-5 Juzu' jer kan Haziq ? Tak lama dah tu , ana yakin anta boleh habis . Nasihat ana untuk anta , supaya perbaiki bacaan anta yang "ter"lampau laju itu , jangan tergopoh-gapah sangat . Don't worry , Quran tu takkan kemana-mana selagi anta jaga Quran tu , nanti dah jadi Al-Hafiz , jangan pulak lupa dekat Quran tau . Lagi satu , kasi la tips sikit macam mana nak score macam anta :D , mungkin ana ni malas kot , dan anta rajin , tu jer bezanya kan ? ke ada lagi ? Semoga menjadi hamba ALLAH yang sentiasa tawadhu' . InsyaALLAH .
Aku Sayang semua sahabat-sahabat , teman-teman , kawan-kawan , rakan-rakan aku . Semoga kamu semua berjaya dunia dan akhirat sahabat-sahabat ! InsyaALLAH .
"Sahabat yang baik apabila dipandang wajahnya , membawa mengingati ALLAH , mendengarkan kata-katanya menambahkan ilmu , terlihat gerak-gerinya meninggikan takut kepada ALLAH , berkawan dengannya berjuang ke jalan ALLAH"
"Pada hari itu sahabat-sahabat karib setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh).."
(Az-Zukhruf Ayat 67)
Yang baik itu daripada ALLAH , yang buruk itu , kelemahan diri saya sendiri ,
Sekian.
Wassalam.