Saturday, January 2

Episod Masyarakat

Assalamualaikum pembuka bicara,
Lafaz Bismillah pembuka acara,
Saya Isyraf ingin bercerita,
InsyaAllah post kali ini untuk semua,

Salam, - Post Pertama 2010

InsyaAllah, sebelum sekolah dibuka, saya ingin berkongsi cerita, mungkin bukan cerita, tapi lebih kepada peringatan untuk semua.

Aku lihat, aku lihat, aku lihat, aku lihat, dan aku lihat, aku lihat berkali-kali, dunia semakin tenat, DUNIA SEMAKIN TENAT!!!, setiap hari , setiap masa , setiap waktu, pasti berlaku dosa, perkara mungkar, perkara maksiat dimana-mana, aku tidak mampu menegur, aku sedih, aku hanya mampu membenci dengan hati, Apa nak jadi dengan masyarakat kita sekarang? Mungkin mereka boleh cakap "Muda cuma sekali..soooooo kita enjoy!!" "Ala, kita muda lagi , tua-tua nanti taubat jerla..Allah Maha Pengampun" hm? tahu pula mereka tentang sifat Allah, tapi mereka tahu ke bila malaikat maut akan datang untuk mencabut nyawa mereka, adakah mereka tahu? TIDAK!!! Tidak sama sekali!

Aku lihat lagi, aku hanya mampu melihat dan membenci dengan hati, Ya Allah, lemahnya diri ini, aku tidak mampu menegur masyarakat sekeliling ku ini walaupun sekali. Ampunilah dosaku Ya Allah.

Kini, aku lihat, rata-rata yang mengaku muslim tidak mempraktikkan ajaran Islam tu sendiri. Kebanyakan mereka hanyut dalam kehidupan duniawi. Haram Halal dipandang remeh. Antara perkara yang dipandang remeh ialah enggan menutup aurat.

“Dan katakanlah kepada perempuan mukmin supaya menyekat pandangan mereka daripada melihat yang haram dan memelihara kehormatan mereka dan jangan mereka memperlihatkan perhiasan tubuh badan mereka kecuali yang lahir. Dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka.” - (An-Nur: 31).


Ayat ni terang terangan memerintahkan kaum wanita Muslim yang sudah mukallaf supaya menutup aurat. Ayat ini umum pada semua wanita Muslim, tidak khusus kepada mana2 bangsa atau orang2 tertentu. Maka ianya adalah wajib.

Nauzubillah, bayangkan, bayangkan. Kamu berada di luar dengan keadaan tidak menutup aurat. Kamu ke pasaraya membeli belah atau berjalan2 di luar. Berapa ramaikah orang lelaki yang melihat kamu ketika itu?. Bayangkan kalau kamu dilihat lebih dari 3000 orang lelaki dengan keadaan tidak menutup aurat. Kamu perlu menanggung dosa 2 kali ganda untuk setiap lelaki yang melihat kamu!.Ianya kerana:

1. Tidak menutup aurat
2. Membuatkan orang lelaki terangsang terhadap kamu.

Aku lihat lagi, masyarakat zaman sekarang, suka menggunakan perkataan-perkataan yang kotor!!! dalam percakapan mereka yakni mencarut, setiap kata-kata mereka mesti tidak terlepas untuk keluar perkataan-perkataan tersebut. Bagus sangatkah kata-kata itu? Hebat sangatkah? Kamu dapat pahala ke mencarut??? Dapat dosa ada la "Weyh brother, ko ni si*l r, rilek r..org mencarut pon ko nak kecoh2 ke? tak macho r beb" Ape kes??? Mereka mencarut seperti sudah biasa, seperti dah lali dalam hidup mereka, seperti tiada apa-apa. Astaghfirullah, aku sebagai manusia biasa pun pernah mencarut juga, tetapi sekurang-kurangnya aku tidak menjadikannya sebagai "rutin kata-kata" . Astaghfirullah


Mulut ini dicipta oleh Allah adalah untuk mengatakan perkataan baik seperti membaca quran berzikir, berkata benar dan sebagainya. Mencarut bukan benda yang main-main, Allah sangat membenci orang yang suka mencarut. Malah Rasululullah sendiri pernah bersabda dalam hadith di dalam sahih Muslim :

Diriwayatkan daripada Abdullah Ibnu Mas'ud r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Bukan dari golongan kami orang yang menampar pipinya, mengoyak-ngoyak saku bajunya atau berdoa dengan doa orang-orang jahiliah

Berdoa dengan doa orang-orang jahiliyah yang dimaksudkan di hadith tersebut ialah mencarut. Bayangkanlah kebencian Rasulullah S.A.W. terhadap orang-orang yang mencarut sehinggakan baginda tidak mengaku umatnya. Mampukah kita selamat diakhirat kelak tanpa mendapat label sebagai seorang umat Rasulullah.

Cukupkah amalan kita untuk masuk ke syurga jika Rasulullah tak mengaku kita sebagai umat? Syafaat umat Rasulullah S.A.W. amat besar di akhirat kelak, maka rugilah kita sebagai umat Rasulullah secara automatik, tidak diakui oleh Rasulullah sebagai umatnya. Nauzubillah. Fikir-fikirkanlah

Saya sebagai manusia biasa tidak terlepas daripada dosa, Ya Allah Ya Tuhanku Ampunilah dosa-dosaku Ya Allah, ampunilah dosa-dosa mereka Ya Allah, Ya Allah Ya Tuhanku , berilah hidayah kepada mereka Ya Allah

Pada malam tahun 2010, aku lihat lagi, di televisyen, hampir kesemua siaran televisyen memaparkan konsert-konsert yang tiada faedah, malah ditambah pula dengan pembaziran letupan bunga api. Wajarkah semua itu?

InsyaAllah setakat ini sahaja saya mampu tulis, yang lain terpulang kepada anda yang sedang membaca ini, samada menerima atau menolak, terpulang, itu urusan anda dengan Allah. Tugas saya hanyalah menyampaikan dan memberi peringatan. "Sampaikanlah walaupun sepotong ayat" "Peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang mukmin"

Sekian, Yang Baik itu daripada Allah, yang lemah itu, kesilapan hamba Allah ini yang lemah. Semoga antum dan antunna semua dapat mengambil ibrah daripada post kali ini. Semoga Azam baru tahun ini tercapai, dan semoga kita semua menjadi lebih baik. "Hari ini lebih baik daripada semalam, dan hari esok lebih baik daripada hari ini" InsyaAllah

Selamat Tahun Baru 2010, dan Selamat Kembali ke sekolah, menuntut ilmu bersungguh-sungguh untuk mendapat keredhaan Allah. InsyaAllah.

p/s: Muhammad Mu'az bin Omar , semoga hasrat anda tercapai 29/04/10 :)

p/s 2: OneSe7en, Welcome to Form 4 :D , Good Luck dalam pakej masing-masing!!! :)

Wasalam

16 comments:

Muhammad Mu'az said...

Ahmad Isyraf Imrani bin Mohd Zakil Hussin,

alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah, akhirnya, shbt aku yg sorg ni menulis tazkirah dgn sndr. kan? kalu btol, tahniah, isyraf. kalu slh pun, tahniah gak.

yup, maksiat sentiasa ada di mana2. setuju dgn DUNIA SEMAkAIN TENAT. kan bagus kalu MALAYSIA dpt amalkan undang2 mcm kat ACEH, spe yg xtutp aurat dgn btol, mesti kna thn dgn polis. dah jd undang2 kat ACEH kna tutp aurat sgn sepenuhnya.. harap MALAYSIA dpt amalkan satu hr nnti..

apapun, nice post, dude. moga jd titik tolak tuk berdakwah dpn org ramai. ;)

lupa lak, name ana ade. :) insyaAllah. thnx.. ;)

gud luck gak :)

Isyraf Imrani said...

[mu'az omar] - hehe, alhamdulillah, haha btol2..tulisan sndiri, alhamdulillah, haha thx.

Ameen~hrp2 MALAYSIA boleh amalkan mcm tu dan istiqamah dgnnya, InsyaAllah mu'az, berdakwah dpn org ramai? Ameen, InsyaAllah..haha name nta mmg la ada :-P, and your welcome, and thanx again. I want to be a Masyi Hafiz :)

(: Gerbang Khabar D'Facemaker :) said...

Isyraf suke tulis post panjang berjela-jela... ana terfikir jugak mcm mane org lain boleh tulis post panjang2 ye? korang tulis terus post tu freehand ke edit2 dulu kat microsoft word?
Ana nk jugak tingkatkn kualiti post2 ana!
Salam 2010 :)

Isyraf Imrani said...

[A-Z (:hazim:) - haha dah idea datang..ana luahkan dekat blog ni..kalo idea xde..mmg xde post lgsg..seriously, and..hmm mmg freehand,publish pastu ana baca blik..kalo ada salah taip..ana edit la , okey InsyaAllah, Salam 2010 juga!

Suhail Shirajuddin said...

"Aku lihat lagi, masyarakat zaman sekarang, suka menggunakan perkataan-perkataan yang kotor!!! dalam percakapan mereka yakni mencarut"

aku x faham...x faham...sndgkan bende ni slalu je aku denga...x terlepas juga dari
em
pu
nya

blog
ni....

hahah..xD...

same2 la insfa yek...@_@"

Isyraf Imrani said...

[Xellos] - haha iyolah Suhail, aku dah cakap kan kat post nih, macam la aku perfect sgt, xpenah..haha psl "lihat" tu..itu bahasa tinggi..ko x phm..hahaha joke

yup2 kita insaf2..sama2 ambil ibrah..ianya bukan peringatan utk org len jer..malah diri aku :D

Azillah Azhar said...

eheh pantun empat kerat tu 'pembuka bicara' dua kali kenapa? kreatif kreatif *cehh

Isyraf Imrani said...

[mscreator] - huh? mane ade 2 kali, ceis2..tu jer dia komen..haha thx komen and moga dpt ambil ibrah

Abareeeeef :) said...

wohoo imrani , nice post :)
haha memang kita semua seringkali tidak akan terlepas dari semua ini kerana semua orang mempunyai kelemahan dan kekuatan sendiri .
Salam 2010 , moga moga form 4 sama sama lebih matang :D

Isyraf Imrani said...

[Abaref :)] - wohoo..nama baru nampak..2010 punya nama ke ape ni?? haha betul-betul..setiap individu ada kelemahan dan kekuatan masing-masing..tiada manusia yangg perfect, dan salam 2010 kepada kamu juga. Betul harap kita semua makin matang, terima kasih komen :)

Afiq Hakimi said...

Waduh...panjang benor post nta...tak larat ana nak membaca...jadi...ana komen dulu sebelum post..hehe...

Tapi...setakat scan tu...ana setuju!

Isyraf Imrani said...

[i.am.a.khalifah.] - huh? haha okey2 silakan baca :)

Nuna said...

masyarakat keliling kita tau snanye untuk mnutup aurat,,, tetapi fikiran2 negatif yg da rosakkan fikiran mereka,,, jadi,, kita kne terus terusan beri kesedaran kpd mereka.... manusia kan cepat lupa..

Isyraf Imrani said...

[Nurina Syazana] - betul ke? adakah itu satu kebenaran? atau hanya ilusi, betul cakap nti, kita perlu terus memberi peringatan seperti firman Allah didalam Al-Quran "Peringatan itu bermanfaat bagi orang mukmin"

Anonymous said...

kat indon pun undang2 masih blom btol sepenuhnya...org kristian kahwin dgn org Islam..anak2 ada yg islam, ada yg kristian...x taulah camne diorang hidup...artis pun ade camni kat indon...

Isyraf Imrani said...

[Anonymous] - Terima kasih ziarah, datang lagi, dan terima kasih beritahu tentang indon