بسم الله الرحمن الرحيم
Pernah makan domino tak? Pizza yang aneka topping dan tidak hilang ciri-ciri pizza aslinya serta tidak terpengaruh dengan makanan Malaysia. Pasti sedap.
Rasanya sangat lain, apabila anda makan, anda akan mendapati bahawa domino mempunyai rasa yang lain. Rasa lain? Rasa apa? Itulah dia rasa nak lagi.
Back to to the topic, nak cerita apa sebenarnya?
Jom cerita benda yang penting tapi sangat simple.
Apa yang penting sangat tapi simple? Tiba-tiba gambar domino.
Al-Yaqin!
Contoh paling mudah, apabila seseorang makan domino. Bila dia merasakan bahawa domino tersebut sangatlah sedap dan nikmatnya perlu dirasai oleh semua orang.
Maka,
Tanpa ada orang yang membayarnya,
Tanpa ada orang yang menyuruhya,
Tanpa ada orang yang mendesaknya,
Tanpa segan silu maka dia akan mempromosikan domino tersebut dengan angkatan keluarga, saudara-mara, rakan-rakan dan sebagainya.
Mengapa hal yang sedemikian terjadi?
Mudah, jawapannya kerana dia yakin bahawa domino yang dia telah nikmati amat lazat. Dia yang telah menikmati domino merasakan bahawa orang yang tidak mencuba domino pasti akan berada dalam kerugian.
Justeru itu, tiada apa yang dapat menghalangnya daripada menceritakan tentang kenikmatan domino yang sangat diyakini kelazatannya.
Begitulah kuasa Al-Yaqin.
Dengan kuasa Al-Yaqin inilah kita mampu mengubah dunia yang dalam keraguan. Kita mampu mengalahkan kebatilan kerana keyakinan akan kebenaran.
Disebabkan Al-Yaqin ini, Islam sampai pada kita. Mustahil Islam sampai kepada kita sekiranya para pendakwah daripada zaman Rasulullah sehinggalah sekarang tidak merasa yakin dengan apa yang mereka bawa.
Sekiranya mereka ragu-ragu dengan risalah yang dibawa, adakah dengan keraguan itu boleh meyakinkan mad'u mereka?
Seorang da'ie haruslah yakin dengan risalah Islam supaya dapat menyebarkannya dengan jaya. Yakinlah dengan kenikmatan yang sudah kita rasai; nikmat iman dan islam.
Maka mengapa kita masih tidak berkongsi rasa dengan yang lain? Dimana terletaknya keyakinan kita?
No comments:
Post a Comment