Showing posts with label Myself. Show all posts
Showing posts with label Myself. Show all posts

Friday, November 8

Leveling up.

بسم الله الرحمن الرحيم



In games, to level up, players must gain specific amount of experience. With enough amount of experience, they can unlock new abilities/skills/powers.

Saturday, October 5

Aku dan Al-Quran

بسم الله الرحمن الرحيم



Dah lama aku didedahkan kepada Al-Quran. Sejak dari kecil aku dididik untuk membaca al-Quran. Lebih kurang umur seawal 4-5 tahun aku mula belajar membaca al-Quran dengan mak aku. Macam biasa start dengan iqra' dulu, muqaddam, dan seterusnya al-Quran.

Friday, November 2

Fall Semester sudah habis Bro.

بسم الله الرحمن الرحيم

Denver-ians and Sir Ikhwan

Macam baru semalam aku pergi beli padlock untuk locker bilik di Kolej Cendana. Tup tap tup tap tup tap. 2 hari lepas dah habis finals. Semalam dah start cuti.

It's been 4 months already since I became one of INTEC's students. Time flies so fast. I still remember all those moments in Fall Semester.

Tuesday, June 26

Jumpa lagi Haziq

بسم الله الرحمن الرحيم



Pada 20 Jun yang lepas, sahabat saya Haziq, telah pun berlepas ke Amerika Syarikat untuk melanjutkan pelajarannya.

Friday, April 6

Sahabat sekalian.

بسم الله الرحمن الرحيم

Barisan OneSeven :) Generasi 17 Al-Amin

Apa khabar iman? Moga-moga semuanya mantap-mantap belaka insyaAllah. Jika tidak mantap, sediakanlah masa kamu untuk mengecas iman-iman kamu dengan merenung isi Al-Quran, menuntut ilmu dan mendengar tazkirah.

Bak kata Muaz ibn Jabbal ra,
“ Marilah kita duduk untuk beriman sebentar”
Marilah sama-sama kita beristighfar sebentar. Mungkin saat-saat, masa-masa kita pada sebelum ini penuh dengan kelalaian dan jauh daripada ketaatan kepada Allah SWT.

Alhamdulillah, kita masih lagi diberi nikmat terbesar iaitu nikmat Iman dan Islam. Mari kita sama-sama memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT.

Thursday, February 16

Demi MASA-manusia RUGI

"Masa itu umpama pedang, sekiranya kamu tidak memotongnya, ia akan memotong kamu."


بسم الله الرحمن الرحيم

Daripada Ibn Abbas ra katanya, Rasulullah SAW bersabda: "2 nikmat yang seringkali dirugikan oleh kebanyakan manusia ialah kesihatan dan masa lapang."

2 nikmat ni (kesihatan dan masa lapang) telah di-'declare' oleh Rasulullah sebagai nikmat yang selalu dirugikan oleh KEBANYAKAN manusia. Nak ke kita masuk dalam kelompok 'KEBANYAKAN manusia' tu? Cuba refleks diri kita, kita ni termasuk dalam golongan yang rugi ni ke?

Kita selalu membazir masa tak? Hmmmmmmm

Dalam Surah Al-Asr, Allah berfirman:

وَالْعَصْرِ.
Demi masa.

إِنَّ الْإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ.
Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian.

إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ
kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati (supaya mentaati) kebenaran dan nasihat menasihati (supaya menetapi) kesabaran.


Sekali lagi, dalam Quran. Allah cakap manusia ni dalam KERUGIAN. Nak ke kita termasuk dalam kalangan orang-orang yang rugi? Dalam ayat 3 tu, Allah dah bagi jalan untuk kita KELUAR daripada kelompok KERUGIAN. Macam mana? Dah jelas dalam ayat tu.

4 perkara:-
1) Beriman.
2) Beramal soleh.
3) Berpesan-pesan dengan kebenaran.
4) Berpesan-pesan dengan kesabaran.

Mudah kan? Tetapi ramai yang ENGGAN.

Rasulullah SAW bersabda: "Setiap umatku akan memasuki Syurga kecuali orang yang enggan." Kata mereka (para sahabat): "Ya Rasulullah, siapakah orang yang enggan itu?" Jawab Rasulullah: "Sesiapa yang mentaatiku, ia masuk Syurga dan sesiapa yang menderhakai aku, maka sesungguhnya dialah yang enggan." (Sohih Bukhari)



Sama-sama muhasabah diri sendiri. Sekadar peringatan buat diri sendiri dan orang lain. Moga bermanfaat. :)

p/s: Jom baca ni :) The Concept of Time in the Quran

والله اعلم

Tuesday, February 14

Bahasa Language Lughoh

"Kindness is the language which the deaf can hear and the blind can see."
-Mark Twain-



بسم الله الرحمن الرحيم

Teringin nak kuasai banyak bahasa. Boleh fasih bercakap, boleh fahami makna secara mendalam.

Lagi-lagi bahasa Arab. Boleh faham betul2 Quran dan Hadis.

Lain-lain bahasa pun best jugak bila dapat kuasai kan?
English dan Jepun maybe?

Sultan Muhammad Al-Fateh pun kuasai banyak bahasa.

Time Dr Jumaah Amin beri ceramah khas tempoh minggu yang lepas pun,
dalam muqaddimah ceramahnya mengatakan yang dia teringin
sampaikan ceramahnya dalam bahasa Melayu.

Bahasa ni penting dalam komunikasi.
Dengan menguasai bahasa pun, kita boleh timba pelbagai ilmu juga.

Kata orang, nak cepat fasih, kena selalu 'practice speaking',
tak kisahlah bahasa apa pun.

Jadi, marilah sama-sama kita tekun dalam menguasai bahasa. :)

Thursday, December 8

Bukan rezeki aku

cantik pemandangan dia :)

Bismillahirrahmanirrahim.

Aku dikejutkan dengan suatu berita.

Berita yang aku sendiri hampir tak sanggup terima.

Berita berkenaan Darul Quran.


SEMAKAN KEPUTUSAN TEMUDUGA DAN TAWARAN MASUK
PROGRAM PENSIJILAN TAHFIZ AL QURAN JAKIM-UIAM SESI 2012


MAAF,
Nama : --------------------------------------------
No. Kad Pengenalan : --------------

Anda gagal dalam proses temuduga kemasukan ke Darul Quran JAKIM
bagi PROGRAM PENSIJILAN TAHFIZ AL QURAN JAKIM-UIAM SESI 2012.


Every cloud has a silver lining. :)

Aku tahu aturan Allah itu yang terbaik untukku. Tak boleh rasa kecewa. Wajib redha dengan qada' dan qadar ini. :)

Semoga ada sesuatu yang lebih baik menantiku. InsyaAllah, itu bukan penghalang untuk aku laksanakan cita-citaku.

Cita-cita untuk menjadi Hamlatul Quran.

Mungkin juga ini sebagai salah satu ujian Allah kepada hambaNya ini.

Aku perlu mengambilnya secara positif.

Alhamdulillah, orang-orang di samping aku sentiasa beri semangat padaku terutamanya ibu bapaku :)

Doakan aku. Doakan aku. Doakan aku. Moga aku istiqomah. Moga aku thabat.

Ya Allah, sesungguhnya aku redha dengan aturan-Mu, walaupun timbul rasa sedih jauh di lubuk hatiku. T.T

:) :) :)

وَمَكَرُواْ وَمَكَرَ اللّهُ وَاللّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ


Wallahu'alam.

Wednesday, December 7

Ceritera SPM - Pertolongan Allah


Assalamu'alaikum.

Bismillah.

Lama dah tak menulis. InsyaAllah dalam post ini ingin aku ceritakan sedikit kisah
yang berlaku ketika SPM.


Bahasa Arab Tinggi
Paper pada pada hari ini. Malam semalam aku menginap di rumah akhi Muaz
untuk 'study duo' dengan dia, hehe.

Latihan demi latihan kami lalui. Terasa amat nikmat belajar Arab.
Latihan kertas 1 tu memantapkan lagi kemahiran kami.

Muaz tengok jadual SPM, rupa-rupanya hari ni kertas 2 dulu.
Jadi kami pun mengorak langkah membuat anjakan paradigma,
menghafal hikam-hikam yang terpilih. Membaca sedikit isi-isi
karangan yang ramai spot.

Akhirnya, tadi alhamdulillah. Banyak Allah mudahkan. Lepas habis kertas 2,
check2, memang jawapan banyak lebih kurang dengan Muaz.
Soalan hikam pun memang masuk apa yang kami hafal :D

Semasa menjawab kertas 1. Aku memang dah sedia maklum kelemahan
aku dekat soalan 'sinonim-antonim'. Tetapi, soalan SPM kali ini
amat mudah sebenarnya.

Walaubagaimanapun, aku tiba-tiba blank. Perkataan mudah seperti
'usrah' aku tak ingat kata sinonimnya. Perkataan mudah
seperti 'maftuhah' aku tak ingat antonimnya.

Memang betul2 blank, aku pejam mata, istighfar dan selawat banyak2.
Alhamdulillah, beberapa minit kemudian, Allah ilhamkan
kepadaku perkataan yang dimahukan.

Walaupun aku tak tahu apa maksud perkataan yang diilhamkan kepadaku,
aku terus menulis tanpa ragu2.

Akhirnya, bila dah habis. Rakan-rakan kata memang itulah jawapan
yang betul. Lihat, pertolongan Allah itu ada walaupun
dalam sekecil-kecil perkara :)


Usaha + Doa + Tawakkal.

SPM hampir di penghujungnya. Pantas masa berlalu. [Al-Asr: 1-3]

--------------------------------------------------------------------------------


Alhamdulillah. Minggu depan PQS. Paper terakhir batch SPM 2011. Batch OneSe7en.
Doakan kami.

13 Disember merupakan tarikh terakhir kami bergelar 'pelajar sekolah'.
Kali terakhir memakai baju sekolah. Rasa sebak pulak
dah nak tinggalkan alam persekolahan.

Akhirulkalam, buang yang keruh ambil yang jernih. Wallahua'lam.

last edited on 9/12/2011










Tuesday, May 10

Musim Periksa


"A creative man is motivated by the desire to achieve, not by the desire to beat others."


Assalamualaikum.

"Setiap perkara ada musimnya."

Musim periksa kian menjelang. Tinggal lebih kurang 1 hari sahaja lagi. 12 Mei 2011. Itulah tarikh yang aku nanti-nantikan sebenarnya. Periksa yang bakal mencabar aku. Mencabar rohani, jasmani, semangat, fikiran dan lain-lain.

Nak kata dah ready, I don't think so. Tapi KENA READY. Teringat kata-kata seorang senior, "Islam sedang ditindas, jadi kita sebagai seorang muslim KENA MENUNTUT ILMU."

Sebab apa?
"Melalui ilmu, InsyaAllah kita (Islam) tidak akan ditindas."

Jadi. Aku KENA TAJDID NIAT. Belajar bukan untuk periksa.

Ya.

Doakan supaya aku diberi kekuatan, kesungguhan.

Doakan supaya Allah terangkan hati aku untuk menerima ilmu.

Doakan supaya Allah beri aku ingatan yang kuat.


Minta maaf atas segala tingkah laku dan salah silap.



Dimana ada kemahuan disitu ada jalan. Where there is a will there is a way.

Wallahua'lam.

Selamat berjuang warga Al-Amin terutamanya warga OneSe7en !





Saturday, March 19

Al-Quran

Quran FIRST! The rest follows.


Assalamu'alaikum.

Bismillah.

Alhamdulillah, sekarang aku dah berhenti sementara waktu. Berhenti daripada membuat hafalan baru. Ustaz Jumadi minta aku stop supaya aku boleh concentrate dekat murajaah. Fuh! Sangat berat nak jaga hafalan. Bukannya sikit.

Semalam murajaah daripada juzu' 1 balik. Ya Allah, tu baru juzu' 1, ada tersekat-sekat da. Kata Mu'az : "Isyraf, ni baru juzu' 1, dah mcm ni, anta ada lagi lebih kurang 300 muka surat untuk mengulang." Astaghfirullah, astaghfirullah, astaghfirullah.

Mungkin masalah ni berpunca dari diri aku sendiri. Aku tak fokus, aku malas. Hafazan aku itu bukan semata-mata hafal dan tinggal. Tidak! Ianya adalah amanah. Aku kena jaga hafazanku, kena sentiasa tadabbur Al-Quran.

Tiba-tiba aku teringat peristiwa tempoh hari. Yes. "Hidup ini tak lari daripada membuat pilihan. Kita yang menentukan pilihan kita samada pilihan lebih baik ataupun lebih buruk. Jangan kita dahulukan hal duniawi tetapi dahulukanlah hal Ukhrawi. InsyaAllah, tentukan priority kita, biarlah kita sakit kat dunia, jangan kita sakit di Akhirat nanti. Jangan kita fikir kita je yang sakit, orang lain ada yang sanggup berkorban untuk kita, think about it."

A lot of thanks especially to Ustaz Jumadi Kadir and Muhammad Mu'az Omar, juga tak lupa kepada mereka yang sentiasa prihatin dan menyokongku. =-)

Doakan aku mendapat yang terbaik. InsyaAllah. Muhasabah. Wallahua'lam.

Assalamu'alaikum.


Wednesday, March 16

Naik dan turun


Iman itu ada naik turunnya.


"Roda hidup. Kejap kat atas, kejap kat bawah. Tengah2 mungkin.

Semua mesti lalu. Tak boleh lari.

Banyak benda kita bole belajar, terutamanya bile kat bawah putaran."

Wednesday, February 2

Baru



Assalamualaikum

Bismillah

Alhamdulillah aku dapat sesuatu yang baru, semangat yang baru, mood yang baru. Segala-galanya baru InsyaALLAH. Iman pun kena perbaharui untuk menempuhi cabaran dan liku-liku kehidupan di dunia ini. Nak hadapi obstacle dalam hidup, aku kenalah kuat.

Template blog ni pun dah baru, namun sekarang, amat-amat lah busy. Tiada masa untuk meng-update blog ini. InsyaALLAH masa lapang akan datang, akan di-update dengan post yang panjang.

Program 2011 - Done.
1) Orientasi Tingkatan 1 : 3-4 Januari 2011
2) Kursus Kepimpinan Pengawas : 21-23 Januari 2011
3) MABIT Tingkatan 5 (I) : 27-28 Januari 2011
4) I'dad Murobbi : 28-31 Januari 2011

Fuh! aku harap program-program tersebut akan terus memberi impak yang 'permanent' kepada diriku.

Perlu bersedia untuk program-program akan datang. Tahun ni tahun last aku di sekolah. Kena manfaatkan betul-betul ! Tarbiyah, akademik, sukan, ko-kurikulum, semua kena balancekan. InsyaALLAH.

Program-program anjuran sekolah, insyaALLAH akan beri komitmen sepenuhnya. BARU BARU BARU.

Segarkan diri. Kita bukan di alam mimpi, tetapi realiti.

Akhirul kalam

Rasulullah S.A.W bersabda :
"Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih disukai ALLAH daripada mukmin yang lemah." (Riwayat Muslim)

Wallahua'lam. Maaf.

Assalamualaikum

Thursday, January 20

Sendiri


"Bersendiri itu melemahkan. Bersamalah dengan yang boleh mengingatkan."



Sunday, January 2

Ubat

Harga atau nilai kesihatan, tidak diketahui kecuali orang-orang yang sakit.



Assalamualaikum.

Bismillah.

Bercakap tentang ubat. Aku ni DULU ada satu masalah dengan ubat. Malu juga la dengan kelemahan itu, hehe. Masalah ni berlaku sampai aku form 3. Daripada aku lahir , sehinggalah akhir tahun 2009, dalam bulan 7 lebih kurang, aku masih hadapi masalah ni.

Alhamdulillah, setelah kira-kira 15 tahun 6 bulan aku hadapi masalahnya. Akhirnya aku dapat juga ATASI masalah tersebut. Fuh! Bila dah dapat atasi masalah tersebut. Punyalah bangga + suka aku. Syukur, syukur, syukur.

Tahu tak apa masalah tu? Agak-agak dah boleh tahu kan? Senang jer nak teka, kalau cakap ubat, mesti dah boleh teka. Kena beritahu ke ni?

Haaa..... ini dia punya masalah.

-tak boleh telan ubat solid/pill-

Fuh! dah tahu kan? haaa, itulah dia. Dulu asyik makan ubat cecair je, sebab takmau try makan ubat pill, haish childish betul. Itu yang senior aku ckp, memang childish.

Sekarang, dah boleh telan, dengan sukanya telan ubat. Sampai skang ni, hari-hari aku telan ubat. :)

Ni ada sedikit peribahasa tentang ubat.

Sepahit-pahit mambu, kelatnya menjadi obat (ubat).


Takrif : Kadang-kadang nasihat yang pedas mendatangkan faedah daripada pujian-pujian yang mulia.

[mambu (semambu) = sebangsa rotan airnya pahit.]


p/s : esok sudah mula sesi persekolahan 2011 (fuh! macam tak caya jer dah form 5). doakan kami Insya-ALLAH.

p/s : jangan ketawa bila habis baca post ni. :)

p/s : sudah tukar template!

Wallahua'lam. Wassalam.




Friday, December 3

F.O.K.U.S


Salam...

Bismillah...

Fokus : Sesuatu yg menjadi pusat perhatian

Aku ni jenis orang yang susah nak fokus pada satu benda, suka sangat wat macam2 benda dalam satu masa, last-last semua benda yg aku buat tu, satu hapak pun tak siap.

Bila dah tak siap, tiba-tiba aku marah, mulalah tuding jari si fulan si fulanah. Kutuk orang sana, kutuk orang sini, kutuk diri sendiri. Semua benda tiba-tiba aku tak puas hati.

Kadang-kadang aku mendiamkan diri. Tension sgt dengan masalah diri sendiri. Tension sgt fikir masalah org lain. Tension sgt fikir masalah kerja. Tension sgt fikir masalah sekolah.

Alhamdulillah, ALLAH kurniakan aku seorang SAHABAT. Sahabat ni selalu ingatkan aku supaya dekatkan diri dengan ALLAH. Kalau kita fokus untuk rapat dengan ALLAH. InsyaALLAH benda lain ALLAH akan permudahkan.

“ Nikmat yang paling berharga selepas nikmat Iman dan Islam, adalah memiliki SAHABAT yang soleh. Jika kamu mendapati kewujudan kasih sayang antara kamu dengannya, maka peganglah ia bersungguh-sungguh.” ~ Saidina Umar Al-Khattab

Astaghfirullah. Astaghfirullah. Astaghfirullah.

p/s: Semoga berjaya rakan-rakan OneSe7en dalam program Wafdul Amin. Semoga ALLAH redha atas segalanya.

Wassalam.