بسم الله الرحمن الرحيم
Apa khabar iman? Moga-moga semuanya mantap-mantap belaka insyaAllah. Jika tidak mantap, sediakanlah masa kamu untuk mengecas iman-iman kamu dengan merenung isi Al-Quran, menuntut ilmu dan mendengar tazkirah.
Bak kata Muaz ibn Jabbal ra,
“ Marilah kita duduk untuk beriman sebentar”Marilah sama-sama kita beristighfar sebentar. Mungkin saat-saat, masa-masa kita pada sebelum ini penuh dengan kelalaian dan jauh daripada ketaatan kepada Allah SWT.
Alhamdulillah, kita masih lagi diberi nikmat terbesar iaitu nikmat Iman dan Islam. Mari kita sama-sama memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT.
