Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts

Wednesday, June 13

Ketenangan yang pasti

بسم الله الرحمن الرحيم


Saat anda resah.
Saat anda gelisah.
Memikirkan hidup yang penuh pancaroba.

Friday, April 27

Rahmat Allah

بسم الله الرحمن الرحيم



Wahai pendosa! Wahai muslim! Jangan berputus asa daripada rahmat Allah!

“Setiap anak Adam (manusia) mempunyai salah (dosa), dan sebaik-baik orang yang bersalah adalah mereka yang bertaubat.” [HR. at-Tirmidzi dan Ibnu Majah]
"...Dan bertaubatlah kamu semua kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, agar kamu beruntung." [An-Nur: 31]

والله اعلم

Monday, April 23

The Precious You

بسم الله الرحمن الرحيم



Cover your aurah. Do it for Allah.

والله اعلم

Thursday, February 16

Demi MASA-manusia RUGI

"Masa itu umpama pedang, sekiranya kamu tidak memotongnya, ia akan memotong kamu."


بسم الله الرحمن الرحيم

Daripada Ibn Abbas ra katanya, Rasulullah SAW bersabda: "2 nikmat yang seringkali dirugikan oleh kebanyakan manusia ialah kesihatan dan masa lapang."

2 nikmat ni (kesihatan dan masa lapang) telah di-'declare' oleh Rasulullah sebagai nikmat yang selalu dirugikan oleh KEBANYAKAN manusia. Nak ke kita masuk dalam kelompok 'KEBANYAKAN manusia' tu? Cuba refleks diri kita, kita ni termasuk dalam golongan yang rugi ni ke?

Kita selalu membazir masa tak? Hmmmmmmm

Dalam Surah Al-Asr, Allah berfirman:

وَالْعَصْرِ.
Demi masa.

إِنَّ الْإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ.
Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian.

إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ
kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati (supaya mentaati) kebenaran dan nasihat menasihati (supaya menetapi) kesabaran.


Sekali lagi, dalam Quran. Allah cakap manusia ni dalam KERUGIAN. Nak ke kita termasuk dalam kalangan orang-orang yang rugi? Dalam ayat 3 tu, Allah dah bagi jalan untuk kita KELUAR daripada kelompok KERUGIAN. Macam mana? Dah jelas dalam ayat tu.

4 perkara:-
1) Beriman.
2) Beramal soleh.
3) Berpesan-pesan dengan kebenaran.
4) Berpesan-pesan dengan kesabaran.

Mudah kan? Tetapi ramai yang ENGGAN.

Rasulullah SAW bersabda: "Setiap umatku akan memasuki Syurga kecuali orang yang enggan." Kata mereka (para sahabat): "Ya Rasulullah, siapakah orang yang enggan itu?" Jawab Rasulullah: "Sesiapa yang mentaatiku, ia masuk Syurga dan sesiapa yang menderhakai aku, maka sesungguhnya dialah yang enggan." (Sohih Bukhari)



Sama-sama muhasabah diri sendiri. Sekadar peringatan buat diri sendiri dan orang lain. Moga bermanfaat. :)

p/s: Jom baca ni :) The Concept of Time in the Quran

والله اعلم

Wednesday, February 8

Speech and Silence




عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْراً أًوْ لِيَصْمُتْ، وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَاْليَوْمِ الآخِرِ فَلْيُكْرِمْ جَارَهُ، وَمَنْ
كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ فَلْيُكْرِمْ ضَيْفَهُ

Dari Abu Hurairah RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah dia berkata baik atau diam, siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah dia menghormati tetangganya dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka hendaklah dia memuliakan tetamunya (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Thursday, February 2

MATI itu PASTI



“Hendaklah kamu semua memperbanyakkan mengingati penghapus kelazatan, yakni mati.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)

وَلِكُلِّ أُمَّةٍ أَجَلٌ فَإِذَا جَاء أَجَلُهُمْ لاَ يَسْتَأْخِرُونَ سَاعَةً وَلاَ يَسْتَقْدِمُونَ
"Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu; maka apabila telah datang waktunya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak dapat (pula) memajukannya." [Al-A'raf, 7: 34]


كُلُّ نَفْسٍ ذَآئِقَةُ الْمَوْتِ
"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati." [Ali Imran, 3: 185]


أَيْنَمَا تَكُونُواْ يُدْرِككُّمُ الْمَوْتُ وَلَوْ كُنتُمْ فِي بُرُوجٍ مُّشَيَّدَةٍ
"Di mana saja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, kendatipun kamu di dalam benteng yang tinggi lagi kukuh." [An-Nisaa', 4: 78]


قُلْ إِنَّ الْمَوْتَ الَّذِي تَفِرُّونَ مِنْهُ فَإِنَّهُ مُلَاقِيكُمْ
"Katakanlah: "Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu,..."" [Al-Jumu'ah, 62: 8]

Saturday, January 14

Jom bertaubat



"Maka barang siapa mengerjakan kebaikan seberat zarah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan barang siapa mengerjakan kejahatan seberat zarah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya." [Az-Zalzalah: 7-8]

*Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.*

Sesetengah orang mengambil sesuatu perkara dengan remeh temeh, mengambilnya dengan sambil lewa. Contohnya, bila orang tegur, "jangan mencarut", "alaaaa mencarut je pun.". Sedangkan dia tidak sedar yang dia sedang melakukan dosa, walaupun sebesar zarah,, tetap dikira. Astaghfirullah.

Jadi ambillah sesuatu perkara itu secara serius dan tunaikannya sebaik mungkin, korbankan tenaga secara optimum.

Teringat khutbah jumaat tahun lepas, 14 Oktober 2011. Pengajaran primanya: Tinggalkan perkara HARAM terus! Jangan tunggu serta berkata "nanti la." Jangan merungut dengan berkata "KALAUlah benda ni TAK haram."

Semalam tazkirah jumaat dekat masjid, ustaz cakap: "Sekiranya seseorang itu sedar dirinya ada dosa dan berbuat dosa, tetapi tidak koreksi diri dan bertaubat memohon ampun daripada Allah, telah dapat dosa olehnya."

“Setiap anak Adam (manusia) mempunyai salah (dosa), dan sebaik-baik orang yang bersalah adalah mereka yang bertaubat.” [HR. at-Tirmidzi dan Ibnu Majah]

"...Dan bertaubatlah kamu semua kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, agar kamu beruntung." [An-Nur: 31]

Jadi mari bertaubat, sesungguhnya Allah itu Maha menerima taubat.

Astaghfirullah. Astaghfirullah. Astaghfirullah.

Tuesday, May 10

Musim Periksa


"A creative man is motivated by the desire to achieve, not by the desire to beat others."


Assalamualaikum.

"Setiap perkara ada musimnya."

Musim periksa kian menjelang. Tinggal lebih kurang 1 hari sahaja lagi. 12 Mei 2011. Itulah tarikh yang aku nanti-nantikan sebenarnya. Periksa yang bakal mencabar aku. Mencabar rohani, jasmani, semangat, fikiran dan lain-lain.

Nak kata dah ready, I don't think so. Tapi KENA READY. Teringat kata-kata seorang senior, "Islam sedang ditindas, jadi kita sebagai seorang muslim KENA MENUNTUT ILMU."

Sebab apa?
"Melalui ilmu, InsyaAllah kita (Islam) tidak akan ditindas."

Jadi. Aku KENA TAJDID NIAT. Belajar bukan untuk periksa.

Ya.

Doakan supaya aku diberi kekuatan, kesungguhan.

Doakan supaya Allah terangkan hati aku untuk menerima ilmu.

Doakan supaya Allah beri aku ingatan yang kuat.


Minta maaf atas segala tingkah laku dan salah silap.



Dimana ada kemahuan disitu ada jalan. Where there is a will there is a way.

Wallahua'lam.

Selamat berjuang warga Al-Amin terutamanya warga OneSe7en !





Wednesday, March 16

Naik dan turun


Iman itu ada naik turunnya.


"Roda hidup. Kejap kat atas, kejap kat bawah. Tengah2 mungkin.

Semua mesti lalu. Tak boleh lari.

Banyak benda kita bole belajar, terutamanya bile kat bawah putaran."

Saturday, January 1

Awal


Assalamualaikum.

Bismillah.

Sekolah lagi 2 hari. Bersiap sedia untuk hadapi alam persekolahan kembali. Ini tahun terakhir aku bersekolah di Al-Amin. Sebak juga.

Hari ini perlu lebih baik daripada semalam dan esok perlu lebih baik daripada hari ini. Itu yang sepatutnya .Insya ALLAH.

Dan jangan sekali-kali engkau mengatakan terhadap sesuatu "Aku pasti melakukan itu besok pagi". kecuali (dengan mengatakan) "InsyaALLAH". Dan ingatlah kepada Tuhanmu apabila engkau lupa dan katakanlah "Mudah-mudahan Tuhanku akan memberi petunjuk kepadaku agar aku lebih dekat (kebenarannya) daripada ini". (Al-Kahfi : 23,24)

Insya-ALLAH aku dah set target untuk form 5 ni :)

Wallahua'lam. Wassalam.

Friday, December 3

F.O.K.U.S


Salam...

Bismillah...

Fokus : Sesuatu yg menjadi pusat perhatian

Aku ni jenis orang yang susah nak fokus pada satu benda, suka sangat wat macam2 benda dalam satu masa, last-last semua benda yg aku buat tu, satu hapak pun tak siap.

Bila dah tak siap, tiba-tiba aku marah, mulalah tuding jari si fulan si fulanah. Kutuk orang sana, kutuk orang sini, kutuk diri sendiri. Semua benda tiba-tiba aku tak puas hati.

Kadang-kadang aku mendiamkan diri. Tension sgt dengan masalah diri sendiri. Tension sgt fikir masalah org lain. Tension sgt fikir masalah kerja. Tension sgt fikir masalah sekolah.

Alhamdulillah, ALLAH kurniakan aku seorang SAHABAT. Sahabat ni selalu ingatkan aku supaya dekatkan diri dengan ALLAH. Kalau kita fokus untuk rapat dengan ALLAH. InsyaALLAH benda lain ALLAH akan permudahkan.

“ Nikmat yang paling berharga selepas nikmat Iman dan Islam, adalah memiliki SAHABAT yang soleh. Jika kamu mendapati kewujudan kasih sayang antara kamu dengannya, maka peganglah ia bersungguh-sungguh.” ~ Saidina Umar Al-Khattab

Astaghfirullah. Astaghfirullah. Astaghfirullah.

p/s: Semoga berjaya rakan-rakan OneSe7en dalam program Wafdul Amin. Semoga ALLAH redha atas segalanya.

Wassalam.

Thursday, December 2

Sengsara

Salam...

Bismillah...

Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, ini takrif perkataan 'sengsara' : -

1. kesusahan (kesulitan dll), pen­deritaan: berbagai-bagai ~ dan kesusahan yg ditanggungnya; azab ~ berbagai-bagai penderitaan; 2. menderita kesusahan (ke-sukaran dll): buat seorang bapa tentulah tidak suka melihatkan diri anaknya dlm keadaan hidup ~; menyengsarakan menjadikan (menye­bab-kan, mendatangkan) sengsara, meng­aniaya, menyusahkan: ~ rakyat jelata; engsaraan perihal sengsara: ibu kan-dungku telah mati dlm ~.

Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, ini takrif perkataan 'sengsara' :-

menderita kesusahan atau kesulitan; tidak pernah merasai ke­senangan; sentiasa susah dan menderita hidupnya: Jika kita malas belajar, nescaya ~lah hidup kita selama-lamanya. azab ~ berbagai-bagai kesusahan dan seksa yg diderita. menyengsarakan membuat jadi sengsara; menyebabkan sengsara: Perbuatan ayah tirinya yg kejam itu telah ~ hidupnya. kesengsaraan keadaan sengsara; kesusahan hidup: Ramai yg hidup dlm ~. penyengsaraan perbuatan atau hal menyengsarakan: Dia sedikit pun tidak berasa kesal atas ~ yg dilakukannya.


Setiap manusia dalam bumi ILAHI ini mempunyai masalah, kesulitan dan kesusahan masing-masing. Tension itu 'normal' bagi orang yang ada 'masalah' . Tapi dalam kita dapat masalah, jangan kita tuding jari salahkan orang lain. Hm. Tak elok la macam tu.

Apa-apa pun, sentiasa ingat ALLAH. DIA lah tempat kita nak mengadu domba. Tempat kita meminta. Kalau dapat masalah, kembali pada-NYA. Duduk, ingat ALLAH, fikir, renung, muhasabah, cari solusi.

"Sesiapa yang ALLAH mahukan dirinya berada dalam kebaikan, diujinya dia itu dengan kesusahan"

Semoga kita berada dalam golongan yang 'berada dalam kebaikan' InsyaALLAH.

Astaghfirullah. Wallahua'lam.

Wassalam.



Wednesday, December 1

Istiqamah


Salam...

Bismillah...

Mari kita lihat apa definisi 'Istiqamah'

Ini apa yang ana dapat daripada internet.

  • “Istiqamah itu kamu berdiri terus mematuhi suruhan dan larangan Allah tanpa berubah-ubah seperti musang” (Ibn Qayyim, Tahzib Madarij al-Salikin, 2/528, Beirut: Muassasah Fuad).

  • Istiqamah bererti berpendirian teguh atas jalan yang lurus, berpegang pada akidah Islam dan melaksanakan syariat dengan teguh, tidak berubah dan berpaling walau dalam apa-apa keadaan sekalipun.

  • ISTIQAMAH secara umumnya bermaksud menumpukan komitmen untuk melaksanakan sesuatu perkara dengan penuh konsisten dan kesungguhan.

  • Istiqamah = teguh pendirian dalam tauhid dan tetap beramal saleh.

  • Istiqamah adalah anonim dari thughyan (penyimpangan atau melampaui batas)

  • Banyak ayat al-Quran yang menjelaskan maksud istiqamah (Fussilat : 30-32, Al-Ahqaf : 13-14), begitu juga dengan hadith Nabi SAW. Antaranya:

  • Daripada Abi ‘Amrah Sufyan bin Abdillah r.a. katanya: Aku bertanya: Ya Rasulallah, ajarlah kepadaku berkenaan Islam, perkataan yang tidak perlu aku bertanya seseorang pun selain daripadamu. Sabda Nabi SAW: Katakanlah “Aku beriman dengan Allah”, kemudian istiqamah! (Imam Muslim, al-Baihaqi dalam al-Sunan 1/76, Ahmad dalam Musnadnya 5/371, dan al-Daraqutni dalam al-Sunan 3/45

  • “Maka tetaplah (istiqamahlah) kamu pada jalan yang benar, sebagaimana diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang telah taubat beserta kamu dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.”(Q.S. Hud:112)

  • Namun keseluruhan makna yang dicadangkan tentang Istiqamah, ia menjurus kepada terus menerus (konsisten) berpegang secara aktif terhadap keseluruhan kehendak Syara’.

  • Istiqamah merupakan daya kekuatan yang diperlukan sepanjang hayat manusia dalam melaksanakan tuntutan Islam, mulai daripada amalan hati, amalan lisan dan anggota tubuh badan. Jelasnya, segala amalan yang dapat dirumuskan dalam pengertian ibadah samada fardu ain atau fardu kifayah memerlukan istiqamah

  • Pada pendapat ana Istiqamah = Konsisten = Constant

  • Konsisten bermaksud tetap (tidak berubah-ubah)

  • Konsisten terjejas apabila manusia melampau. Kerana lazimnya melampau itu natijah emosi. Emosi penting untuk membakar motif perlakuan, tetapi lazim juga bakarannya hilang kawalan.

Dah tau kan apa tu 'Istiqamah' ?

Jadi.

Mari Istiqamah dalam Iman dan melaksanakan tuntutan Iman.
Mari Istiqamah dalam solat dan Ibadah-ibadah khusus yang lain.
Mari Istiqamah dalam menegakkan kebenaran dan keadilan serta menentang kebatilan dan kezaliman.

InsyaALLAH.

Wallahua'lam.

p/s : kalau ada salah, tegur lah ya :)
p/s : di Johor sekarang :D -musafir mode-
p/s : cuba istiqamah update blog :D

Yang baik itu daripada ALLAH. Yang buruk itu kelemahan diri sendiri.
Wassalam.

Tuesday, November 30

Cuti

Salam...

Bismillah...

Daripada Ibnu Abbas ra berkata, telah bersabda Rasulullah S.A.W. : "Terdapat dua nikmat yang kebanyakan manusia sering lupakan yaitu nikmat sihat dan nikmat masa lapang" (Riwayat Bukhari).


Daripada hadis diatas jelas menyatakan bahawa manusia ini sering lupa dan lalai. Mereka lupa siapa yang beri nikmat kesihatan dan masa lapang kepada mereka. Adakah kita telah menggunakan kedua-dua nikmat itu sebaiknya?

Apabila kita ada kelapangan masa, kita guna untuk apa? Baca buku? Ulangkaji? Facebook? Chatting? Bersukan? Main 'games'? Mengaji Al-Quran? Atau kita hanya membiarkan masa lapang kita berlalu begitu sahaja?

Apabila kita sihat, kita buat apa waktu kita sihat? Baca buku? Ulangkaji? Facebook? Chatting? Bersukan? Main 'games'? Mengaji Al-Quran? Atau kita hanya membiarkan masa sihat kita berlalu begitu sahaja?

Cuti ni, apa yang kita sudah buat? Adakah perbuatan yang kita telah lakukan itu diterima sebagai ibadah? Kita tidak tahu, itu urusan ALLAH. InsyaALLAH. Sama-sama kita muhasabah balik.

Sepatutnya kita manfaatkan cuti ini sebaiknya. Bukannya membazirkannya sahaja. Membazir tu kan saudara syaitan. Takkan kita nak jadi saudara syaitan? Astaghfirullah. Astaghfirullah. Astaghfirullah. Renung-renungkanlah.

Wallahua'lam. Wassalam.

Saturday, November 27

Report Card



Salam, alhamdulilllah, alhamdulillah, alhamdulillah, tadi baru sahaja lepas mengambil keputusan peperiksaan penggal 2 di sekolah. Result ada yang menggembirakan dan ada yang kurang menggembirakan hati. InsyaALLAH boleh perbaiki lagi. Tingkatkan usaha, tingkatkan iman, tingkatkan taqwa, tingkatkan kesabaran, tingkatkan amal. Semoga hari ini lebih baik daripada semalam, dan esok lebih baik daripada hari ini. InsyaALLAH.

Tahniah kepada yang cemerlang. Yang kurang cemerlang sila usaha lagi. Anda pasti boleh tingkatkan prestasi insyaALLAH. Kena banyak muhasabah diri balik. Mungkin kita ada buat silap dengan sesiapa. Mungkin kita tak bayar hutang kita lagi. Mungkin kita ada buat dosa. Check balik ya. Jangan putus asa. Banyakkan berdoa kepada ALLAH.

Dari Abu Hurairah r.a bahawa nabi SAW telah bersabda:”Allah sentiasa memperkenankan doa seorang hamba selama doa itu tidak mengandungi (perkara) dosa, (perkara yang) memutuskan silaturrahim dan selama tidak meminta supaya cepat-cepat diperkenankan.” Lalu baginda ditanya oleh seseorang:”Apa maksudnya meminta dicepatkan?”Jawab baginda:”Umpamanya seseorang itu berkata dalam doanya:”Aku telah berdoa, aku telah berdoa tetapi aku belum melihat doaku diperkenankan. Lalu aku putus asa dan berhenti berdo

Tuesday, November 16

Wasiat


Salam, wah sudah 3 bulan aku tak 'ber-blog-ing'. Ada perkara sudah tamat, ada perkara baru mula. Exam pun dah habis. MPT5 dah lepas. Kem Asas ('KESAS 2010) pun baru selesai. Sesi persekolahan 2010 pun baru sahaja tamat pada hari Jumaat yang lepas bersamaan 12/11/2010. Memang fitrah untuk diri ini, bila habis sekolah, rasa nak sekolah balik, bila dah sekolah rasa nak cuti, bila dah cuti memang nak kena cepuk cakap nak pergi sekolah, bila dah pergi sekolah rasa nak balik rumah, bila dah balik rumah pergi sekolah semula mentang-mentang rumah dekat dengan sekolah, bila rumah dah dekat dengan sekolah semua orang akan cakap "kau boleh la balik dulu, rumah dekat, rumah aku jauh", bila orang cakap begitu aku rasa tidak puas hati, bila aku tidak puas hati aku berdiam diri, bila aku dah berdiam diri, aku akan fikir pelbagai perkara, bila dah fikir aku cuba teliti dan cuba fikir bagaimana nak selesaikan masalah, tapi malangya tak kesampaian. Aku selalu rasa tak tenang, kenapa ya? Aku banyak dosa, aku banyak salah, kenapa ya? salah pemimpin ke? salah ibu bapa ke? salah guru ke? salah adik beradik? salah saudara mara? atau salah kawan-kawan? . Kenapa aku tak kata "salah diri sendiri ke?", ya memang salah diri sendiri, tapi kenapa manusia suka menuding jari kepada orang lain? kenapa? salah anda la pilih pemimpin yang tidak betul, yang tidak boleh dipercayai, yang teruk, yang...

Ya memang SALAH ANDA! sudah terang lagi bersuluh pemimpin tersebut sebegitu rupa. Mengapa masih pilih dia? Bila terjadi sesuatu, mula lah anda menyalahkan semua orang. Tidakkah bodoh anda memilih pemimpin yang takboleh jadi 'QUDWAH HASANAH' kepada semua orang? Ya 'QUDWAH HASANAH' 'ROLE MODEL' 'CONTOH TAULADAN'.

Cukup, saya tidak mampu untuk bersuara lagi. Saya diam, saya tidak tahu mahu buat apa. Bila ditegur, melenting, merungut, mencarut, putar belit cerita, tak pernah fikir nak terima teguran. Bagaimana nak selesaikan ni? Masalah macam ni pun tak boleh selesai, macam mana Islam nak bangkit? Masing-masing ikut haluan sendiri, tak bersatu-padu, as-sobiah, umpat sana, umpat sini, bajet power, bajet gagah, gaduh sana gaduh sini, curi barang tu curi barang ni, couple dengan orang ni couple dengan orang tu. Program tarbiyah sekolah takmau ikut. Apa ni? Mana perginya kesedaran antum? Mana?

Taknak cakap banyak la, ni pun dah cukup banyak.

-------------------------------------------------------------------------------------

Peperiksaan Penggal Dua 2010 (Tingkatan Empat)

- Aku buat study group bersama Mu'az, Izzat, Nafis, dan Haziq sebelum exam bermula.
- Aku tidak pernah 'keluar awal' pada exam kali ini.
- Aku rasa aku tak cukup daya lagi untuk menandingi top 10 dalam batch.
- Aku berdoa aku dapat top 10 dalam batch.
- Aku kesian dengan orang yang berlumba-lumba untuk keluar awal.
- Aku kesian tengok orang membazir masa lapang.
- Aku kesian tengok orang sia-siakan kesihatan.

Daripada Ibnu Abbas ra berkata, telah bersabda Rasulullah S.A.W. : "Terdapat dua nikmat yang kebanyakan manusia sering lupakan yaitu nikmat sihat dan nikmat masa lapang" (Riwayat Bukhari).


-------------------------------------------------------------------------------------

Majlis Perpisahan Tingkatan 5

- Aku lihat abang-abang tingkatan 5 semangat membuat persembahan.
- Aku rasa suara BangBil sedap
- Aku suka persembahan budak form 2 -Sebiru Hari Ini-
- Aku tak terkata.
- Aku sedih Ust Usman hendak meninggalkan sekolah.
- Aku sedih bila fikir yang aku takkan ada senior dekat sekolah dah tahun depan. Mereka dah jadi alumni. Aku pula yang menggantikan tempat mereka.
- Aku terasa nak patah balik masa, tapi itu mustahil.
- Aku senyum melihat gelagat abang-abang tingkatan 5.
- Aku tak terkata - speechless.

Terima kasih kepada abang-abang tingkatan 5 yang telah mendidik dan mentarbiyah ana, semoga antum terus thabat dijalan-Nya. Terima kasih terutamanya kepada Mohsein, Fawwaz, Nabil, Arodhi dan Mustaqim. Abang-abang ni banyak menasihati ana dan banyak membantu ana melaksanakan kerja-kerja dan amanah di sekolah. Semoga antum berjaya di dalam peperiksaan SPM kelak, InsyaALLAH.

-------------------------------------------------------------------------------------

Perkhemahan Asas 2010
- Aku sebagai AJK Disiplin
- Aku selalu bersama Mu'az
- Aku banyak kekurangan
- Aku belajar banyak perkara (terima kasih abang Afif)
- Aku suka main parang
- Aku suka bawak parang ke mana-mana
- Aku suka kayu (terima kasih Arif, Iman, Fitri, Lukman, Izzat)
- Aku suka dengan unggun api (terima kasih abang Rashid dan abang Fawwaz)
- Aku banyak bersabar
- Aku memberi peluang
- Aku suka ikatan (terima kasih Izzat, abang Mohsein, abang Mustaqim dan abang Arodhi)
- Aku tak minum pun air botol besar yang aku bawa.
- Aku dapat tau Azhad jadi pengawas. Tahniah.
- Aku cuba selesaikan semua masalah yang timbul.
- Aku suka borak dengan Rijal, Amru dan Azwan.
- Aku 'blur' kadangkala
- Aku tidak suka lihat ikhtilat yang tidak terjaga.
- Aku rasa bersalah
- Aku harap adik-adik form 1, form 2 dan rakan sebaya form 4 dapat ambil iktibar
- Aku tidak berdaya nak kata apa-apa lagi

Semoga peserta perkhemahan asas dapat mengambil sebanyak mungkin 'input' yang cuba kami terapkan. Mintak maaf diatas salah dan silap ana, sepanjang program, ana sebagai AJK Disiplin banyak mendenda antum. Maaf sekali lagi jika ada yang tidak suka dengan cara ana menghukum. Itu amanah ana, ana kena laksanakan, dan amanah itu akan dipersoalkan di akhirat kelak.

-------------------------------------------------------------------------------------

Cuti
- Aku mengarang di blog
- Aku cuba isi masa lapang sebaik mungkin
- Aku ada tahfiz (cuba fokus)
- Aku ada Nadwah
- Aku ada Hari Kad Laporan = Birthday Mu'az
- Aku ada Solat Hajat Wafdul Amin (yuran ramai lagi tak bayar)
- Aku ada Wafdul Amin
- Aku ada family day
- Aku ada kelas tambahan untuk SPM tahun depan.
- Aku ada jadual yang pack
- Aku sangat busy
- Aku harap cuti ni dapat aku manfaatkan sebaik mungkin.

-------------------------------------------------------------------------------------

Sedar tak sedar, dah nak masuk tingkatan lima. Dah jadi senior, rasa macam baru semalam masuk sekolah time form 1. Aku rindu akan tarbiyyah di al-amin, pahit manis masam masin, suka duka cuka luka, air mata . Aku harap al-amin dapat perbaiki 'biah'. Aku harap pelajar al-amin jadi soleh wa musleh. Aku harap aku berjumpa dengan Ramadhan tahun hadapan. Aku harap aku sekolah al-amin tahun hadapan. Aku harap aku selesa tahun hadapan. Aku harap tiada masalah tahun hadapan. Aku harap aku mahir dalam semua kemahiran syabab. Aku harap aku dapat jadi kawan yang baik. Aku harap aku dapat solehkan kawan aku. Aku harap teguran aku membina. Aku harap aku jadi orang yang berhikmah. Aku harap aku jadi orang yang tegas dan tetap pendirian. Aku harap aku berjaya. Aku harap aku dapat membentuk syakhsiah diri aku kepada yang lebih baik. Aku harap "BIAH SOLEHAH" tidak meninggalkan aku. Aku harap aku jadi Hafiz 30 Juzu'. Aku berdoa banyak-banyak. Mintak kepada ALLAH. Hmm, tapi kena usaha juga . Aku cuba untuk usahakan semua yang aku nak. Aku takut untuk tinggalkan al-amin. Aku takut untuk buat maksiat. Aku takut untuk buat dosa. Aku takut jikalau tiba-tiba secara tidak sedar aku mengguris hati orang lain.

p/s: ana akan update post ini InsyaALLAH.

Kepada yang membaca post ini, mintak maaf atas segala salah dan silap sepanjang 16-17 tahun ana hidup.

Yang baik itu daripada ALLAH, yang lemah dan buruk itu adalah kesilapan ana sendiri.

Wassalam.

Sunday, July 11

Avoid Al-Wahan!

Salam

Terimbas kembali saat daurah yang lepas , 07/07/10 daurah bertajuk "Mari Mencintai ALLAH" . Terfikir sekali lagi , adakah kita mencintai Rasulullah S.A.W. lebih daripada kita mencintai ibu bapa kita ? Pernahkah kita menangis ketika membaca Al-Quran , pernahkah kita menangis ketika solat ? Pernah tak kita cari masa untuk berdua-duaan dengan-NYA ? Selalu tak kita teringat-ingat dekat Rasulullah S.A.W ? Banyak tak selawat kita keatas Rasulullah ? Persahabatan kita dengan kawan kita atas dasar taqwa ?

Rasulullah S.A.W. bersabda "Hampir tiba masanya kalian diperebutkan seperti sekumpulan pemangsa yang memperebutkan makanannya.” Maka seseorang bertanya: ”Apakah kerana sedikitnya jumlah kita?” ”Bahkan kalian banyak, namun kalian seperti buih mengapung. Dan Allah telah mencabut rasa gentar dari dada musuh kalian terhadap kalian. Dan Allah telah menanamkan dalam hati kalian penyakit Al-Wahan.” Seseorang bertanya: ”Ya Rasulullah, apakah Al-Wahan itu?" Rasulullah S.A.W. menjawab: ”Cintakan dunia dan takut akan kematian.”

Kita ada tak 'penyakit' yang disebutkan diatas ? Kalau ada , tolonglah campakkan jauh-jauh penyakit itu .

"Carilah hati kamu ketika membaca Al-Quran , carilah hati kamu ketika sedang menunaikan solat , carilah hati kamu ketika mengingati mati" .

Sekadar peringatan ringkas . Ambillah iktibar . Segala yang baik daripada ALLAH , dan yang buruk itu kelemahan diri saya sendiri . Sekian . Wassalam

Friday, May 7

Don't be sad =)

Assalamualaikum to all visitor .

"If you are stricken by poverty , others are chained in debt ... If you don't have shoes , others have no feet ... If you feel pain now , others have been aching for years ... If your son dies , other has lost many ... If you have sinned , then repent ... If you have committed a mistake , correct it ... The doors of repentance are ever open! The fountain of forgiveness is every rich! So , don't be sad! Let bygones be bygones! What is predestined for you , you shall see it! Being sad will not cange anything! So don't be sad! Sadness spoils your life! Destroys your happiness! And turns it into wretchedness! So don't be sad! Supplication is your shield! Prayer is your beacon and weapon! Prostration is your means! So don't be sad! See how vast is the earth! How nice are the gardens and forests! How bright are the stars! All are happy , but you are sad! So don't be sad! You have sweet water to drink! Fresh air to breathe! Feet to walk with! You sleep safely in your bed! So , why be sad? Every cloud has a silver lining! After long nights , comes the bright sun! Life will soon give you a smile! So be ready to get it! And don't be sad! Real life is that spent in happiness and grace! Grace of Islam! Grace of Iman! So cross ouy you sad days from your age! Peace of mind is the real treasure! Sorrow avails not! So don't be sad!"

Every cloud has a silver lining : Setiap perkara yang berlaku ada hikmah di sebaliknya .


Wassalam

Monday, February 1

Ragam manusia dalam surau-rumah Allah

aku lihat ada yg bising ,
penting sgt ke perbualan tuh? kalau yer pon, bisik xleh?

aku lihat ada yg main ,
kalau aku campak benda yg kau main , marah tak?

aku lihat ada yg lewat ,
kau igt Allah kasi masa kat kau lebeyh ke? 26 jam sehari? kau nak lewat2 apehal?

aku lihat ada yg masuk ikut pagar lain ,
kau pikir kau dapat pahala langgar peraturan?

aku lihat ada yg mempermainkan pemberita (org yg kasi pengumuman) ,
kau igt kau sorg jer nak dgar pengumuman? kalau kau xnk dgar , org lain ada yg nak dgar

aku lihat ada yg time iqamat pon boleh gurau2 ,
kau igt Allah suka kau main2 bila nak solat?

aku lihat ada yg x pki kopiah x kancing baju , kau tau x Allah nak kita perhiaskan diri bila nak menghadap-Nya?

Mungkin byk lagi benda yg aku nak sentuh disini .

Okey maaf atas kekasaran bahasa, maaf kalau terasa , saya menegur bukan apa , cuma nak manusia sedar dia buat apa, cuma nak manusia perbaiki perbuatan dia .

Jikalau saya salah tegur saya , jikalau anda salah , saya tegur anda , kita sama2 muhasabah balik .


Sekian , yang baik itu drpd Allah , yg buruk itu kesilapan saya sendiri , saya ulang , yang buruk itu kesilapan saya sendiri , kalau saya silap , tegur saya, teguran yg membina ok .

Wassalam

Hati yang panas ,
Ahmad Isyraf Imrani bin Mohd Zakil Hussin

Sunday, January 10

Pesanan Allah Untuk Yang Berdosa

Salam, InsyaAllah , saya hanya nak sebarkan benda ni :) Moga dapat barakah

Katakanlah, "Wahai hamba-hamba Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sungguh, Dialah yang Maha Pengampun, Maha Penyayang. Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu, dan berserah dirilah kepadaNya sebelum datang azab kepadamu, kemudian kamu tidak dapat ditolong.
[Al Zumar, 53-54]


Ini pujukan Tuhanmu. Kembalilah kepadaNya. Still have times. Jangan tunggu nyawa di kerongkong. Yang dah buka aurat kaki tangan lengan dada dan apa-apa yang sewaktu dengannya, jom tutup balik haq ekslusif suami. Yang dah pegang tangan main mata jalin cinta, betul ke nak bina rumahtangga bermodalkan dosa? Pause kejap dulu. Yang dah sentuh arak dan lain-lain, jom taubat. Arak itu ibu kejahatan. Laknat wahai kawan, dari Tuhan. Yang rasa dah jauh dari parents, dekatkan balik. Redha mereka Redha Allah. Buat yang rasa hati dah gersang, jom join usrah. Apply siraman hati. Moga kita jumpa Allah dalam keadaan yang menggembirakan.
Salam.

p/s: sebarang masalah boleh merujuk di blog Bro Asif http://fitrahkhalifah.blogspot.com