بسم الله الرحمن الرحيم

Muallaf: "Saya masuk Islam bukan kerana umat Islam, melainkan kerana kebenaran Islam.
Seandainya umat Islam mampu menampilkan Islam dengan sebenar-benarnya, nescaya mereka akan berbondong-bondong masuk Islam.""Kebenaran Islam terhalang oleh orang-orang- orang Islam sendiri."
"Alhamdulillah, aku mengenal Islam sebelum aku mengenal Arab."
Cuba perhatikan kata-kata di atas. 3 kenyataan di atas sebenarnya mempunyai 'isi' yang sama.
Anda nampak? Apa yang mereka nak sampaikan sebenarnya?
Mereka sedar, bahawa ummat Islam perlu menampilkan Islam dengan sebenar-benarnya. Kadang-kadang, kebenaran Islam itu terhalang oleh orang-orang Islam sendiri. Betul?
Ummat Islam,
mereka Islam apa?
Realitinya, kebanyakan ummat Islam pada hari ini, hanya Islam pada nama sahaja ataupun Islam hanya pada kad pengenalan (IC).