Wednesday, June 15

Monday, June 13

Tamrin yang terAKHIR di Al-Amin

Link
Sebiru Hari Ini :) (Credits to akh Amirul Arif)



Assalamualaikum.

Apa khabar kalian?

Alhamdulillah, pada 8-10 Jun 2011 yang lepas, program Tamrin Tingkatan 5 telah dianjurkan oleh Jabatan Tarbiyah Sekolah Menengah Islam Al-Amin Gombak. Aku banyak terasa dari program ini, daripada awal sampailah ke akhirnya.

Alhamdulillah, Allah pilih aku untuk menyertai program ini. Sedar tak sedar. Banyak hikmahnya, aku tak disibukkan dengan hal-hal lain. Alhamdulillah Allah tak campakkan kesibukan time berlangsungnya Tamrin. Jadi, dapatlah aku hadirkan diri ke Tamrin yang terAKHIR itu.

Tamrin Tingkatan 5 tahun ini dengan temanya "Ukhuwwah Teras Kegemilangan." Yup. Aku rasa tema ni memang kena dengan kami :). Lagu tema : Sebiru Hari Ini.

Dalam tamrin ni lah, revise balik konsep tawakkal. Slot Tawakkal disampaikan oleh akh 'Ammar Sahrim. Kemudian disediakan pula slot tentang Kepahlawanan Sahabat iaitu Mus'ab bin Umair. Slot ini disampaikan oleh akh Abdurrahman. Memang best kisah Mus'ab ni. Sedikit sebanyak dapat aku ambil ibrah dan tambah ilmu mengenai sahabat.

Seterusnya, slot yang menceritakan tentang Al-Wahnu dan serangan pemikiran yang disampaikan oleh akh Syarif. Banyak benda baru yang aku dapat. Riadhahnya juga menarik, dan rasa nikmat. Aku ni dahulunya kira jenis orang yang memilih kawan. Tetapi dalam tamrin ni, aku dapat rasakan yang dalam bersahabat itu, sesiapa sahaja boleh jadi sahabat kita. Malam tu ada slot Cinta dari Langit oleh akh Bakri.

Slot pertama pada hari kedua berkenaan solat berjemaah oleh akh Thaqib . Kemudian mengenai Al-Quran oleh akh Faris dan seterusnya Ukhuwwah Islamiyyah yang disampaikan oleh akh Hamidi. Pada petang itu kami ada sedikit aktiviti ukhuwwah. Fuh! macam-macam rasa ada time tu. Kemudian malam kami ada slot Urgensi Tarbiyyah oleh akh Amir. Seterusnya ada muhasabah. Moga MUTIARA yang mengalir itu tidak sia-sia.

Pada hari ketiga, tazkirah selepas Subuh diberi oleh akh Amir Mohsein yang menceritakan kisah sahabat, Ka'ab bin Malik. Slot pada pagi itu yang terakhir berkenaan kisah-kisah orang-orang yang bertaubat disampaikan pula oleh Ukht Anfaal

Muhasabah dan resolusi.

Resolusi :-
1) Sentiasa bertaubat kepada Allah
2) Meletakkan sepenuh tawakkal kepada Allah
3) Menjaga solat jemaah dan saf-saf solat
4) Selalu berdamping dengan Al-QuranLink
5) Menghargai setiap slot/program tarbiyyah
6) Bersahabat kerana Allah
7) OneSe7en jadi generasi terbaik dalam semua aspek


Jazakumullahu khairan kathira kepada Akh Syarif, Akh 'Ammar Sahrim, Akh Ashraf Shafiq cikgu-cikgu tarbiyah, pengisi-pengisi slot dan semua pihak yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung.

p/s : sudah merindui Tamrin :) rindukan laungan takbir!
: tak sangka boleh bersua dengan akh Hamidi, sebelum ni kenal-kenal dalam dunia blog je.

Wallahua'lam. Wassalam.

Wednesday, June 1

Setelah Aku Dipaling



Hampir aku hanyut kerana rindu
Pada harta yang pasti reput
Dan lenyap di sini
Hampir aku lupa pada yang kekal
Kejahilan menyelubungi jiwaku

Sekelipnya mata hilang semua
Yang hanya ku pandang
Yang hanya milikmu

Yang hanya ku idam
Di dalam pandanganMu
Bersama mereka terdahulu

Sungguh aku cari cahaya itu
Untuk menyuluh kelam ini
Setelah ku dipaling
Sungguh aku hina menagih secebis
KeampunanMu setelah aku malu

Sekelipnya mata hilang semua
Yang hanya ku pandang
Yang hanya milikmu

Yang hanya ku pinta
Harapan keampunan
Hati ini telah ku lukai

Sebaiknya manusia Kau ciptakan
Hinanya angkara diri sendiri
Sedegup jantung terleka
Dibuai arus dunia
Selangkah kau menghampiri kehancuran

Sungguh aku cari
Cahaya itu
Untuk menyuluh
Setelah ku dipaling

Tuesday, May 10

Musim Periksa


"A creative man is motivated by the desire to achieve, not by the desire to beat others."


Assalamualaikum.

"Setiap perkara ada musimnya."

Musim periksa kian menjelang. Tinggal lebih kurang 1 hari sahaja lagi. 12 Mei 2011. Itulah tarikh yang aku nanti-nantikan sebenarnya. Periksa yang bakal mencabar aku. Mencabar rohani, jasmani, semangat, fikiran dan lain-lain.

Nak kata dah ready, I don't think so. Tapi KENA READY. Teringat kata-kata seorang senior, "Islam sedang ditindas, jadi kita sebagai seorang muslim KENA MENUNTUT ILMU."

Sebab apa?
"Melalui ilmu, InsyaAllah kita (Islam) tidak akan ditindas."

Jadi. Aku KENA TAJDID NIAT. Belajar bukan untuk periksa.

Ya.

Doakan supaya aku diberi kekuatan, kesungguhan.

Doakan supaya Allah terangkan hati aku untuk menerima ilmu.

Doakan supaya Allah beri aku ingatan yang kuat.


Minta maaf atas segala tingkah laku dan salah silap.



Dimana ada kemahuan disitu ada jalan. Where there is a will there is a way.

Wallahua'lam.

Selamat berjuang warga Al-Amin terutamanya warga OneSe7en !





Wednesday, April 27

Khas buat Beliau

"Insan pendidik generasi Qurani."


Bismillah.

Assalamualaikum.

Hari ini aku melalui hari persekolahan seperti hari-hari lain, habis sekolah pukul 3.30 petang, aku pergi ke kantin dan terus ke surau untuk mesyuarat.

Sedang bermesyuarat... "tok tok tok" Haziq dan Suhail mengetuk pintu bilik gerakan pengawas "Ustaz Jumadi panggil sekarang." Aku dan Mu'az keluar dari bilik gerakan dan terus menuju ke arah Ustaz Jumadi. Kemudian solat Asar.

Selepas Asar. Haziq murajaah sebentar dengan Ust. Habis. Ust. Jumadi pun panggil kami, kami pun rapat-rapat bulat-bulat dekat Ust.

Ustaz pun mulakan ucapan beliau dengan meminta maaf, tup tup, ustaz mintak izin pergi ke tandas. Ustaz kembali.

"Ustaz selalu marah-marah, tak simpan dekat hati, tapi ustaz marah-marah untuk pengajaran, untuk membuang sifat-sifat negatif yang dirajai syaitan."

"Kalau antum dah keluar nanti, dunia kat luar itu jauh berbeza berbanding dengan dunia dekat sekolah."

"Nanti bila semua dah ada career masing-masing, tetapi 'career sebagai Hafiz' itulah yang akan dibawa ke akhirat nanti."

"Jangan putus asa, Allah sayang dengan orang yang tidak berputus asa. Jangan tinggalkan Al-Quran, walau sesibuk mana kita sekalipun. Jagalah hubungan kita dengan Allah."

Itulah antara pesanan Ustaz Jumadi. Selepas ucapan Ustaz, tiba giliran kami pula yang berucap, dimulai dengan Mu'az, aku, Suhail, Haziq dan Nawi.

Time tu MUTIARA dah mula keluar. Ustaz, kami minta maaf atas segala kesilapan dan kesalahan, segala kerenah kami, kedegilan kami. Kami minta maaf. Terima kasih ustaz. Ustaz lah guru, ustaz lah sahabat, ustaz lah ayah, ustaz lah abang, dan yang paling penting, ustaz lah murobbi kami. Kalau ustaz tak push kami, kami tak jadi macam yang telah kami jadi sekarang.

Sebenarnya masa tu, kami semua speechless, semuanya tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Muka kami dibasahi MUTIARA yang semakin banyak turun. T.T

Aku terkenang segala memori yang diukir bersama kumpulan tahfiz dan Ustaz Jumadi.

Selepas itu ada sedikit majlis dan juga jamuan ringan. Selepas jamuan kami bergambar bersama Ustaz Jumadi, guru kesayangan kami.

Ustaz ckp dekat aku : "Dah, jangan nangis2 dah." :)

Bukan senang nak jumpa dengan orang yang sentiasa menitikberatkan Al-Quran.

Semoga usaha Ustaz selama ini dan akan datang diberkati dan diredhai Allah. Bittaufiq wannajah dalam kerjaya ustaz selepas ini InsyaAllah. Doakan kejayaan kami ustaz.

Akhirul kalam, kami sayangkan ustaz.

p/s : (semua kuat nangis, hehe)

Wassalam.