Showing posts with label Thoughts. Show all posts
Showing posts with label Thoughts. Show all posts

Thursday, May 5

3D 2Y

بسم الله الرحمن الرحيم

"Instead of 3 days, let's meet in about 2 years from now."


Kalau siapa yang follow anime One Piece, pasti familiar dengan term 3D2Y ni. Term ini digunakan oleh Monkey D. Luffy aka Mugiwara no Rufi (Straw Hat Luffy) untuk memberi mesej kepada nakama, rakan sepasukannya.

Pada awalnya, Luffy berjanji dengan crewmatenya untuk berjumpa 3 hari kemudian apabila berpisah. Selepas bermuhasabah, Luffy membuat keputusan untuk training selama 2 tahun sebelum pergi ke New World, tempat di mana cabaran, musuh dan kesusahan ada pada level yang sangat dahsyat.

Friday, April 29

Pesanan Sebelum Fly: Part 2

بسم الله الرحمن الرحيم

Di airport Columbus, 15 Ogos 2014
Sambungan.

Setelah lebih setahun aku tinggalkan part 1. Kalini pada part 2, aku pula ingin berpesan kepada diri sendiri dan mereka yang bakal melanjutkan pelajaran ke luar negara. 

Wednesday, April 22

Pesanan Sebelum Fly: Part 1

بسم الله الرحمن الرحيم

Ex-Mutarobbi Sarep. Ni antara qudwah-qudwah aku dalam DnT sejak sekolah, orang-orang yang aku sangat respect. Banyak aku belajar daripada mereka. Moga Allah teguhkan pendirian mereka dalam Islam, moga semua dikurniakan Syurga.


Tanggal 14 Ogos 2014.

Aku ditakdirkan untuk terbang sambung belajar di luar negara. Specifically di Ohio State University, Columbus, USA.

Aku diberi peluang sekali lagi setelah melepasi cabaran demi cabaran, halangan demi halangan, tangga demi tangga.

Aku pergi sambung belajar dengan biayaan pinjaman MARA. Alhamdulillah sekarang dah dua semester aku disini, semester kedua pun dah nak habis.

Sangat banyak perkara yang dah berlaku, baru-baru ni, aku lihat orang viralkan tweet tentang budak yang belajar luar negara ni, asyik melancong je, yang belajar dalam negara, belajar macam nak mampus.

Wednesday, May 7

Keyakinan Domino!

بسم الله الرحمن الرحيم



Pernah makan domino tak? Pizza yang aneka topping dan tidak hilang ciri-ciri pizza aslinya serta tidak terpengaruh dengan makanan Malaysia. Pasti sedap.

Rasanya sangat lain, apabila anda makan, anda akan mendapati bahawa domino mempunyai rasa yang lain. Rasa lain? Rasa apa? Itulah dia rasa nak lagi.