Showing posts with label Faraagh. Show all posts
Showing posts with label Faraagh. Show all posts

Thursday, May 5

3D 2Y

بسم الله الرحمن الرحيم

"Instead of 3 days, let's meet in about 2 years from now."


Kalau siapa yang follow anime One Piece, pasti familiar dengan term 3D2Y ni. Term ini digunakan oleh Monkey D. Luffy aka Mugiwara no Rufi (Straw Hat Luffy) untuk memberi mesej kepada nakama, rakan sepasukannya.

Pada awalnya, Luffy berjanji dengan crewmatenya untuk berjumpa 3 hari kemudian apabila berpisah. Selepas bermuhasabah, Luffy membuat keputusan untuk training selama 2 tahun sebelum pergi ke New World, tempat di mana cabaran, musuh dan kesusahan ada pada level yang sangat dahsyat.

Sunday, February 3

Kembara Pelabuhan Dickson


بسم الله الرحمن الرحيم


"Orang yang paling bijak adalah orang yang berpandangan jauh, maka apa yang lebih jauh daripada akhirat?" -Abang Sufi

Masa cuti Maulidur Rasul haritu, 24 Januari 2013, kami mengembara ke Port Dickson merapatkan ukhuwwah, memburu cinta Ilahi.

Sunday, November 11

Sunday, October 28

100 hari sudah

بسم الله الرحمن الرحيم


Pergh, tarikh akhir last post 20 Julai, lama sudah tak menulis blog. Tarikh harini 28 Oktober, lama jugak blog ni tak dipenuhi post-post baru. Genap 100 hari dah aku tak menulis di blog. 

InsyaAllah akan cuba istiqamah balik beloging ni.

By the way, exam is around the corner. Doa-doakan. Tinggal 3 hari je semester 1 di INTEC. Pantas sungguh masa berlalu, maka beruntunglah bagi siapa yang memanfaatkan masanya sebaik-baiknya.

"Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh serta nasihat menasihati dengan kebenaran dan nasihat menasihati dengan kesabaran." [Al-Asr, 103: 1-3]

Moga-moga kita tak tergolong dalam kalangan manusia yang rugi!


Saturday, January 21

Cuti oh cuti

"QURAN will be your paint and your brush will be IMAN."

Daripada Ibn Abbas ra katanya, Rasulullah SAW bersabda: '2 nikmat yang seringkali dirugikan oleh kebanyakan manusia ialah kesihatan dan masa lapang.'


Dah lebih sebulan selepas SPM, pada mulanya, cuti aku 'diisi' dengan banyak habiskan masa duduk rumah.

Tapi, selain daripada duduk rumah, aku juga beraktiviti dengan sahabat-sahabat OneSe7en :)

Alhamdulillah, aku ada join kelas Quran. Kelas-kelas ini sangat-sangat membantu aku, walaupun aku baru sikit je belajar, syukur. Disana juga aku mengenali orang-orang yang hebat, yang betul-betul menekankan Quran dan Sunnah.

Kagum melihat mereka, ada budak seawal 9 tahun dah hafal Quran, dah boleh terjemah Quran. Moga mereka terus istiqamah, dan dapat sebarkan ilmu didada.

Rupanya banyak lagi yang aku kena muhasabah. Setiap daripada muridnya juga dilatih untuk memberi tazkirah, wah! hanya dengan satu tajuk, macam-macam dalil Quran dan Hadis mereka lampirkan sebagai hujah. Seterusnya mereka hurai.

Orang-orang disana juga sangat peramah, kesemuanya! Disitu jugak aku 'reunion' dengan sahabat lama. Namanya Ilyas, aku berkenalan dengannya pada tahun lepas, pada masa tu sekolah Adni buat lawatan ke Al-Amin. Pengawas mereka bertukar-tukar maklumat dan fikiran dengan pengawas Al-Amin.

Aku juga senang hati ke sana, dapat berjumpa dengan sahabat yang tak pernah lentur senyuman di wajahnya :) iaitu Aswan.

Moga Allah redha. Astaghfirullah.

*maaf, kadang-kadang aku rasa ayat di blog ini seakan 'skema', tapi memang patut pun, aku tak mahu Bahasa Melayu aku rosak (amboi).* :D

Monday, July 25

Hari yang ditunggu, akhirnya tiba jua

"Doa senjata mukmin."

Alhamdulillah

PUI telah pun bermula pagi tadi (Isnin : 25/7/11)

Memang seronok, aku sendiri pernah alami PUI itu semasa di tingkatan 3.
Mungkin ada yang cakap tak menarik, tapi itu pandangan mereka. Apa yang aku
rasa lain. Rasa semangat nak belajar

Alhamdulillah, Allah beri aku semangat. Semoga semangat ini tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Insya-Allah.

Tapi pada hari pertama PUI juga lah, ada berita yang kurang menyenangkan
datang kepadaku, insyaAllah akanku cari solusi dan ambil tindakan.

Iftar OneSe7en tadi, ramai juga yang datang, alhamdulillah. Moga Allah redha.
Moga hubungan itu Allah pelihara.

Sibuk itu sebenarnya bermakna! Orang yang sibuk akan menguruskan masanya
dengan baik InsyaAllah. Sebaliknya orang yang banyak masa lapang "free time", akan
sewenang-wenangnya membazirkan masa. Tapi mungkin bukan semua orang macam tu.

Renung-renungkan dan selamat beramal :)


Friday, November 26

Cerita Nadwah





Assalamualaikum...

Bissmillah...

Selamat skip MEMBACA

Alhamdulillah, selesai sudah Program Nadwah Kepimpinan 2010 yang berlangsung di Pusat Pendidikan Al-Islah (PPAI), Sg Petani, Kedah. Nadwah ini bertemakan "Menjulang Kepimpinan Pelajar MUSLEH". Rasa rindu pada program ini. Macam-macam yang aku dapat. Macam-macam kawan aku jumpa.

21 November 2010

Persediaan telah dibuat, beg sume dah kemas. Kira-kira jam 9.00 aku sudah memulakan perjalanan ke Hentian Duta. Rupa-rupanya aku telah tersalah maklumat. Aku ingat bas bertolak pukul 10.00, tapi sebenarnya pukul 11.45. Tapi takpe, ada hikmahnya. Kira-kira sebelum 9.30 aku sudah sampai di Hentian Duta, aku rasa aku orang pertama sampai di sana, orang kedua ialah Rijal dan ketiga mungkin Amru. Aku menunggu di dalam kereta bersama ayah dan Azhad, memang ada hikmah aku sampai awal, dapat parking best :D .

Kemudian kira-kira pukul 10 lebih aku keluar dari kereta untuk menuju ke tempat menunggu. Tunggu punya tunggu, dalam pukul 11.30 baru lah semua sampai. Wakil Al-Amin Gombak ada 12 orang banin dan 8 orang banat. Pukul 11.45 bas masih tak sampai lagi. Sementara menunggu bas, kami bincang dengan Cikgu Raihan pasal manifesto yang mahu dibentangkan di program Nadwah nanti.

22 November 2010

Kami bertolak ke Kedah dalam pukul 1.25 pagi. Kami sampai lebih kurang nak dekat pukul 6. Pastu naik van pergi masjid, sampai-sampai dah iqamah. Kami segera berwudhu' dan solat subuh. Lepas solat subuh, naik van yg sama untuk pergi ke PPAI. Lepas tu, ana sampaikan pesanan Arodhi kepada peserta Nadwah ni. Kemudian kami jumpa dengan abang-abang form 5 dari Al-Islah. Kami pusing-pusing sekeliling Al-Islah. Kemudian makan nasi lemak. Alhamdulillah, nasi lemak itu sungguh lazat. Kemudian bincang lagi pasal manifesto.

Sekolah SMIH JB sampai sekolah tu, pastu baru la dapat jumpa betul-betul akh Abdullah Mursyid. Kemudian mandi. Kemudian round-round lagi sekolah tu. Bila jumpa jer sekolah lain, kami bersalam-salaman. Yang paling ramah mesra ialah Lukman Hakime, semua orang dia tegur, hehe. Kemudian pergi tidur dekat dorm kejap, bangun-bangun kena pindah dorm. Kami dapat dorm sama dengan SMIH JB. Kemudian makan tengahari. Lepas tu jama' solat zohor dan solat asar. Selepas solat ada taklimat program jam 2.30 petang. Kami berkumpul di dewan, AJK mengedarkan fail. Seterusnya nyanyi nasyid Asmaul Husna, Gelombang Keadilan dan Mujahid Muda.

Selepas taklimat ada perlantikan JK Pelaksana dari kalangan peserta. Mu'az dilantik sebagai pengerusi majlis perlantikan tersebut. Alhamdulillah berjalan dengan lancar. Kemudian ada sesi minum petang. Solat asar. Selepas tu tukar baju sukan ada TBC. Kami dibahagikan kepada beberapa kump ikut nombor. Kemudian ada sesi taaruf. Kena bagitau nama, sekolah dan gaya. Pastu ada game dekat padang. Best jugak game tu, lepas game ada teguran dan tazkirah drpd AJK Kebersihan (Akh Aminuddin) dan AJK Teknikal (Akh Muhammad). Antara isi tazkirah : ‎"Sesungguhnya didalam setiap jasad anak adam itu ada seketul daging, jika baik daging itu maka baiklah seluruhnya, jika jahat daging itu maka jahatlah seluruhnya, ketahuilah daging itu adalah hati". Kemudian ada khidmat diri dan makan malam. Solat maghrib & solat isya', mathurat. Seterusnya tazkirah daripada Nadim dan Azhari, tazkirah tentang niat.

Kemudian semua bergerak ke dewan ada perasmian & ceramah daripada Ustaz Rosli Yusof (YDP IKRAM Kedah) tentang Kepimpinan Imam As-Syahid Hasan Al-Banna. Sebelum penceramah sampai, ada tazkirah daripada Akh Abdullah Mursyid tentang protokol Yahudi yang ke-10. Ceramah Kepimpinan Hasan Al-Banna dimulakan dengan muqaddimah mengenai pengorbanan Nabi Ismail dan Nabi Ibrahim. Kemudian ada cakap tentang 5 orang sahabat nabi (ansar) yang hafal Al-Quran.
5 orang itu ialah Muaz ibn Jabal, Ubadah b. Samat, Ubay b. Kaab, Abu Ayyub, dan Abu Darda'. Pentarbiyahan zaman dulu ada 2 bentuk, 1. Penyampaian ilmu dari Ar-Rasul, 2. Inisiatif para sahabat sendiri.

Kemudian Ustaz Rosli bercerita tentang usaha pembaharuan selepas kejatuhan khilafah. Seterusnya, tentang sejarah hidup Al-Banna dan Ikhwanul Muslimin. Ini antara point-pointnya

Al-Banna & Ikhwanul Muslimin
- Lahir 14 November 1906 di Mahuludiyah Mesir
- Umur 12 tahun jadi pemimpin Badan Latihan Akhlak dan Jemaah al-Suluka al-Akhlaqi.
- Umur 13 tahun menyertai tunjuk perasaan
- Umur 16 tahun pergi berdakwah
- Umur 23 tahun, tubuhkan Ikhwanul Muslimin di bandar Ismailiyyah Mac 1928.

Asas Pemikiran Al-Banna
- Perbaiki diri. 10 Muwassafat
- Baitul Islam - didik keluarga dgn cara Islam dan hormat fikrah Islam.
- Bimbing msyrkt - kembang aspek dan budaya Islam dan msyrkt (amar makruf nahi munkar).
- Kerajaan Islam
- Bebas tanah air drpd kuasa asing
- Satukan negara-negara Islam
- Panji Islam kembali berkibar - satu suara dan perpanduan ummah.

Motto Ikhwanul Muslimin : "Allahu Ghayatuna, Ar-Rasul Qudwatuna, Al-Quran Dusturuna, Al-Jihad Sabiluna, Al-Mautu Fi Sabilillah Asma Amanina".

Kami sama-sama bernasyid lagu Allahu Ghayatuna dan lagu IKRAM.

Selepas habis ceramah ada supper dan postmortem/muhasabah sekolah masing-masing.
Kami tidur dalam pukul 1/2 lebih.

23 November 2010

Sebelum pukul 5, kami dah bangun dan bersiap-siap. Qiyam, solat subuh, mathurat dan tazkirah. Kemudian ada senaman ringan dan khidmat diri. Pagi tu ada perhimpunan dan sedikit kawad. Arahan kawad diberikan oleh Akh Fawzan dari PPAI. Nyanyian nasyid Asmaul Husna dan lagu-lagu tema Nadwah. Kemudian ada sarapan pagi. Setelah kenyang bersarapan, peserta berkumpul di dewan untuk sesi ceramah yang bertajuk "Kepimpinan Masa". Ceramah itu diberikan oleh Hj. Aminuddin Shuib - Pemuda IKRAM Kedah. Dalam ceramah ni, sangat banyak dalil yang diberikan, juga kata-kata hikmah. Banyak isi yang kami dapat daripada ceramah ini, insyaALLAH dapat dimanfaatkan sebaiknya. Selesai ceramah ada kudapan dan seterusnya Forum MPP.

Forum MPP terdapat 3 ahli panel, panel yang pertama ialah Al-Amin Gombak, panel kedua ialah Aman Kota Bharu dan panel yang ketiga ialah Hidayah Johor Bharu. Panel 1 ialah akh Luqman Hakime, panel 2 ialah akh 'Azim dan panel 3 ialah ukht Nabila Huda. Dalam forum ini, terdapat 3 round. Round pertama membincangkan masalah yang terdapat di sekolah masing-masing. Round 2 pula tentang punca kepada masalah tersebut, dan round 3 tentang cara-cara atau jalan penyelesaian bagi masalah-masalah yg dialami. Dalam forum itu juga, kami diperkenalkan 3 konsep Qiyadah iaitu "Isti'zan", "Istisyar", dan "Taat". Selesai berforum kaimi makan tengahari dan jama' solat zohor & isya'.

Peserta bergerak ke dewan, alhamdulillah seperti biasa, Al-Amin Gombak selalu awal :). Kali ini ada pembentangan manifesto. Wakil Al-Amin Gombak ialah akh Mu'az Omar. Tengok dia sangat-sangat berpeluh sebelum berpidato. Masa yang diberikan untuk berpidato adalah selama 7 minit, pemidato tidak dibenarkan melihat slideshow semasa berpidato. Alhamdulillah, akh Mu'az Omar berpidato dengan sungguh mantap dan lancar, kami sangat kagum dan gembira melihat KETUA kami 'perform' dengan bagus. Alhamdulillah, segala kekuatan itu datang daripada ALLAH. Tamat pidato Mu'az, Amru melaungkan "Ar-Rijal ! Takbir !" kami dengan semangat takbir "ALLAHUAKBAR!".

Selepas itu ada minum petang, semasa minum petang kami nampak Akh Rashid Dashuki dan rakan-rakannya, masing-masing bersalaman dengan Rashid. Lepas minum petang sume tukar baju sukan utk TBC. Time TBC, kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan lagi untuk bermain bola sepak, main "king". Kemudian khidmat diri dan makan malam, jama' solat maghrib dan isya', ada mathurat dan tazkirah.

Malam itu kami ada lagi satu Forum : Menjulang Kepimpinan Pelajar MUSLEH. Forum itu dipengerusikan oleh Akh Abdul Rahman Naufal (Alumni Al-Amin Bangi), dan disertai 3 ahli panel iaitu Panel 1 : Akh Abdullah Zubayr (Alumni Hidayah JB), Panel 2 : Ustazah Azizah dan Panel 3 : Ustaz Sazali. Forum malam tu sangat bermakna buat ana, banyak benda boleh ambil iktibar. Terdapat 2 round. Round 1, antara isi-isi yang diberikan oleh akh Zubayr ialah kita perlukan hikmah orang tua dan semangat orang muda. Kita juga perlu sentiasa rujuk sirah Rasulullah SAW. Panel 2 iaitu Ustazah Azizah menceritakan tentang sifat-sifat yang patut dimiliki oleh "Amir"

Ciri-ciri Amir :
1. Orang yg dipercayai
2. Orang yg bertanggungjawab
3. Orang yg beriman & bertaqwa
4. Ada kekuatan fizikal dan kekuatan ilmu
5. Amanah
6. Siddiq
7. Fatonah
8. Tabligh
9. Positive thinking
10. Empathy
11. Profesional (P)
12. Excellent (E)
13. Self-Discipline (S)
14. Active learning (A)
15. Teamwork (T)

Panel 3 - Ustaz Sazali

Rukun Organisasi :
1. Al-Qiyadah (Pemimpin)
2. Al-A'dho' (Anggota)
3. Al-Hadaf (Matlamat)
4. Al-Wasail / Al-Manhaj (Sistem)
in
Round 2 : Panel 1 - Cabaran Pemimpin
Panel 2 - Peranan Wanita
Panel 3 - Contoh pemimpin terbaik dulu, kini dan selamanya : Rasulullah SAW

Akh Zubayr juga memberikan info ini :

Arkanu Syabab (As-Syahid Hassan Al-Banna)
Menurut beliau:
Asas iman ialah hati yang terang
Asas ikhlas ialah jiwa yang bersih
Asas semangat ialah perasaan yang mantap
Asas amal ialah azam yang kuat.

Habis forum ada supper dan postmortem. Lepas postmortem akh Rashid jumpa kami sebentar. Kemudian tidur.

24 November 2010

Qiyam, solat subuh, mathurat, tazkirah. Senaman dan khidmat diri. Perhimpunan pagi dan kawad serta sesi penggambaran. Sarapan. Kemudian ada Resolusi, iaitu Penubuhan MPP MUSLEH. Tugasan kena buat 3 jenis surat rasmi, surat kepada Perdana Menteri, Presiden IKRAM dan Lembaga Pengelola Sekolah. Kudapan. Acara penutup dan penyampaian hadiah. Alhamdulillah Al-Amin Gombak dapat Johan Pidato dan Manifesto :). Kemudian tamat.

Kami pulang menaiki bas pada jam 5.15 petang, dan sampai lebih kurang 11.45 malam di Hentian Duta.

p/s : Maaf atas kekasaran bahasa atau tersalah cakap.
p/s : maaf atas kePANJANGan post :), sbenarnya BANYAK lagi tak cerita.
p/s : kalau ada kesilapan dalam post ni, tolong tegur ana
p/s : terima kasih kepada semua individu-individu yang terlibat dalam Nadwah ini samada secara langsung ataupun tidak langsung.
p/s : esok ada hari kad laporan doakan yang terbaik :)

Sekian. Yang baik itu daripada ALLAH, yang lemah itu kelemahan diri sendiri. Wassalam

Thursday, November 25

Nadwah Kepimpinan MUSLEH 2010





Assalamualaikum...

Bissmillah...

Alhamdulillah, selesai sudah Program Nadwah Kepimpinan 2010 yang berlangsung di Pusat Pendidikan Al-Islah (PPAI), Sg Petani, Kedah. Nadwah ini bertemakan "Menjulang Kepimpinan Pelajar MUSLEH". Rasa rindu pada program ini. Macam-macam yang aku dapat. Macam-macam kawan aku jumpa.

21 November 2010

Persediaan telah dibuat, beg sume dah kemas. Kira-kira jam 9.00 aku sudah memulakan perjalanan ke Hentian Duta. Rupa-rupanya aku telah tersalah maklumat. Aku ingat bas bertolak pukul 10.00, tapi sebenarnya pukul 11.45. Tapi takpe, ada hikmahnya. Kira-kira sebelum 9.30 aku sudah sampai di Hentian Duta, aku rasa aku orang pertama sampai di sana, orang kedua ialah Rijal dan ketiga mungkin Amru. Aku menunggu di dalam kereta bersama ayah dan Azhad, memang ada hikmah aku sampai awal, dapat parking best :D . Pastu kira-kira pukul 10 lebih aku keluar dari kereta untuk menuju ke tempat menunggu. Tunggu punya tunggu, dalam pukul 11.30 baru lah semua sampai. Wakil Al-Amin Gombak ada 12 orang banin dan 8 orang banat. Pukul 11.45 bas masih tak sampai lagi. Sementara menunggu bas, kami bincang dengan Cikgu Raihan pasal manifesto yang mahu dibentangkan di program Nadwah nanti.

22 November 2010

Kami bertolak ke Kedah dalam pukul 1.25 pagi. Kami sampai lebih kurang nak dekat pukul 6. Pastu naik van pergi masjid, sampai-sampai dah iqamah. Kami segera berwudhu' dan solat subuh. Lepas solat subuh, naik van yg sama untuk pergi ke PPAI. Lepas tu, ana sampaikan pesanan Arodhi kepada peserta Nadwah ni. Kemudian kami jumpa dengan abang-abang form 5 dari Al-Islah. Kami pusing-pusing sekeliling Al-Islah. Kemudian makan nasi lemak. Alhamdulillah, nasi lemak itu sungguh lazat. Kemudian bincang lagi pasal manifesto. Sekolah SMIH JB sampai sekolah tu, pastu baru la dapat jumpa betul-betul akh Abdullah Mursyid. Kemudian mandi. Kemudian round-round lagi sekolah tu. Bila jumpa jer sekolah lain, kami bersalam-salaman. Yang paling ramah mesra ialah Lukman Hakime, semua orang dia tegur, hehe. Kemudian pergi tidur dekat dorm kejap, bangun-bangun kena pindah dorm. Kami dapat dorm sama dengan SMIH JB. Kemudian makan tengahari. Lepas tu jama' solat zohor dan solat asar. Selepas solat ada taklimat program jam 2.30 petang. Kami berkumpul di dewan, AJK mengedarkan fail. Seterusnya nyanyi nasyid Asmaul Husna, Gelombang Keadilan dan Mujahid Muda. Selepasa taklimat ada perlantikan JK Pelaksana dari kalangan peserta. Mu'az dilantik sebagai pengerusi majlis perlantikan tersebut. Alhamdulillah berjalan dengan lancar. Kemudian ada sesi minum petang. Solat asar. Selepas tu tukar baju sukan ada TBC. Kami dibahagikan kepada beberapa kump ikut nombor. Kemudian ada sesi taaruf. Kena bagitau nama, sekolah dan gaya. Pastu ada game dekat padang. Best jugak game tu, lepas game ada teguran dan tazkirah drpd AJK Kebersihan (Akh Aminuddin) dan AJK Teknikal (Akh Muhammad). Antara isi tazkirah : ‎"Sesungguhnya didalam setiap jasad anak adam itu ada seketul daging, jika baik daging itu maka baiklah seluruhnya, jika jahat daging itu maka jahatlah seluruhnya, ketahuilah daging itu adalah hati". Kemudian ada khidmat diri dan makan malam. Solat maghrib & solat isya', mathurat. Seterusnya tazkirah daripada Nadim dan Azhari, tazkirah tentang niat. Kemudian semua bergerak ke dewan ada perasmian & ceramah daripada Ustaz Rosli Yusof (YDP IKRAM Kedah) tentang Kepimpinan Imam As-Syahid Hasan Al-Banna. Sebelum penceramah sampai, ada tazkirah daripada Akh Abdullah Mursyid tentang protokol Yahudi yang ke-10. Ceramah Kepimpinan Hasan Al-Banna dimulakan dengan muqaddimah mengenai pengorbanan Nabi Ismail dan Nabi Ibrahim. Kemudian ada cakap tentang 5 orang sahabat nabi (ansar) yang hafal Al-Quran.
5 orang itu ialah Muaz ibn Jabal, Ubadah b. Samat, Ubay b. Kaab, Abu Ayyub, dan Abu Darda'. Pentarbiyahan zaman dulu ada 2 bentuk, 1. Penyampaian ilmu dari Ar-Rasul, 2. Inisiatif para sahabat sendiri. Kemudian Ustaz Rosli bercerita tentang usaha pembaharuan selepas kejatuhan khilafah. Seterusnya, tentang sejarah hidup Al-Banna dan Ikhwanul Muslimin. Ini antara point-pointnya : -

Al-Banna & Ikhwanul Muslimin
- Lahir 14 November 1906 di Mahuludiyah Mesir
- Umur 12 tahun jadi pemimpin Badan Latihan Akhlak dan Jemaah al-Suluka al-Akhlaqi.
- Umur 13 tahun menyertai tunjuk perasaan
- Umur 16 tahun pergi berdakwah
- Umur 23 tahun, tubuhkan Ikhwanul Muslimin di bandar Ismailiyyah Mac 1928.

Asas Pemikiran Al-Banna
- Perbaiki diri. 10 Muwassafat
- Baitul Islam - didik keluarga dgn cara Islam dan hormat fikrah Islam.
- Bimbing msyrkt - kembang aspek dan budaya Islam dan msyrkt (amar makruf nahi munkar).
- Kerajaan Islam
- Bebas tanah air drpd kuasa asing
- Satukan negara-negara Islam
- Panji Islam kembali berkibar - satu suara dan perpanduan ummah.

Motto Ikhwanul Muslimin : "Allahu Ghayatuna, Ar-Rasul Qudwatuna, Al-Quran Dusturuna, Al-Jihad Sabiluna, Al-Mautu Fi Sabilillah Asma Amanina".

Kami sama-sama bernasyid lagu Allahu Ghayatuna dan lagu IKRAM.

Selepas habis ceramah ada supper dan postmortem/muhasabah sekolah masing-masing.
Kami tidur dalam pukul 1/2 lebih.

23 November 2010

Sebelum pukul 5, kami dah bangun dan bersiap-siap. Qiyam, solat subuh, mathurat dan tazkirah. Kemudian ada senaman ringan dan khidmat diri. Pagi tu ada perhimpunan dan sedikit kawad. Arahan kawad diberikan oleh Akh Fawzan dari PPAI. Nyanyian nasyid Asmaul Husna dan lagu-lagu tema Nadwah. Kemudian ada sarapan pagi. Setelah kenyang bersarapan, peserta berkumpul di dewan untuk sesi ceramah yang bertajuk "Kepimpinan Masa". Ceramah itu diberikan oleh Hj. Aminuddin Shuib - Pemuda IKRAM Kedah. Dalam ceramah ni, sangat banyak dalil yang diberikan, juga kata-kata hikmah. Banyak isi yang kami dapat daripada ceramah ini, insyaALLAH dapat dimanfaatkan sebaiknya. Selesai ceramah ada kudapan dan seterusnya Forum MPP. Forum MPP terdapat 3 ahli panel, panel yang pertama ialah Al-Amin Gombak, panel kedua ialah Aman Kota Bharu dan panel yang ketiga ialah Hidayah Johor Bharu. Panel 1 ialah akh Luqman Hakime, panel 2 ialah akh 'Azim dan panel 3 ialah ukht Nabila Huda. Dalam forum ini, terdapat 3 round. Round pertama membincangkan masalah yang terdapat di sekolah masing-masing. Round 2 pula tentang punca kepada masalah tersebut, dan round 3 tentang cara-cara atau jalan penyelesaian bagi masalah-masalah yg dialami. Dalam forum itu juga, kami diperkenalkan 3 konsep Qiyadah iaitu "Isti'zan", "Istisyar", dan "Taat". Selesai berforum kaimi makan tengahari dan jama' solat zohor & isya'.

Peserta bergerak ke dewan, alhamdulillah seperti biasa, Al-Amin Gombak selalu awal :). Kali ini ada pembentangan manifesto. Wakil Al-Amin Gombak ialah akh Mu'az Omar. Tengok dia sangat-sangat berpeluh sebelum berpidato. Masa yang diberikan untuk berpidato adalah selama 7 minit, pemidato tidak dibenarkan melihat slideshow semasa berpidato. Alhamdulillah, akh Mu'az Omar berpidato dengan sungguh mantap dan lancar, kami sangat kagum dan gembira melihat KETUA kami 'perform' dengan bagus. Alhamdulillah, segala kekuatan itu datang daripada ALLAH. Tamat pidato Mu'az, Amru melaungkan "Ar-Rijal ! Takbir !" kami dengan semangat takbir "ALLAHUAKBAR!". Selepas itu ada minum petang, semasa minum petang kami nampak Akh Rashid Dashuki dan rakan-rakannya, masing-masing bersalaman dengan Rashid. Lepas minum petang sume tukar baju sukan utk TBC. Time TBC, kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan lagi untuk bermain bola sepak, main "king". Kemudian khidmat diri dan makan malam, jama' solat maghrib dan isya', ada mathurat dan tazkirah.

Malam itu kami ada lagi satu Forum : Menjulang Kepimpinan Pelajar MUSLEH. Forum itu dipengerusikan oleh Akh Abdul Rahman (Alumni Al-Amin Bangi), dan disertai 3 ahli panel iaitu Panel 1 : Akh Abdullah Zubayr (Alumni Hidayah JB), Panel 2 : Ustazah Azizah dan Panel 3 : Ustaz Sazali. Forum malam tu sangat bermakna buat ana, banyak benda boleh ambil iktibar. Terdapat 2 round. Round 1, antara isi-isi yang diberikan oleh akh Zubayr ialah kita perlukan hikmah orang tua dan semangat orang muda. Kita juga perlu sentiasa rujuk sirah Rasulullah SAW. Panel 2 iaitu Ustazah Azizah menceritakan tentang sifat-sifat yang patut dimiliki oleh "Amir"

Ciri-ciri Amir :
1. Orang yg dipercayai
2. Orang yg bertanggungjawab
3. Orang yg beriman & bertaqwa
4. Ada kekuatan fizikal dan kekuatan ilmu
5. Amanah
6. Siddiq
7. Fatonah
8. Tabligh
9. Positive thinking
10. Empathy
11. Profesional (P)
12. Excellent (E)
13. Self-Discipline (S)
14. Active learning (A)
15. Teamwork (T)

Panel 3 - Ustaz Sazali

Rukun Organisasi :
1. Al-Qiyadah (Pemimpin)
2. Al-A'dho' (Anggota)
3. Al-Hadaf (Matlamat)
4. Al-Wasail / Al-Manhaj (Sistem)
in
Round 2 : Panel 1 - Cabaran Pemimpin
Panel 2 - Peranan Wanita
Panel 3 - Contoh pemimpin terbaik dulu, kini dan selamanya : Rasulullah SAW

Akh Zubayr juga memberikan info ini :

Arkanu Syabab (As-Syahid Hassan Al-Banna)
Menurut beliau:
Asas iman ialah hati yang terang
Asas ikhlas ialah jiwa yang bersih
Asas semangat ialah perasaan yang mantap
Asas amal ialah azam yang kuat.

Habis forum ada supper dan postmortem. Lepas postmortem akh Rashid jumpa kami sebentar. Kemudian tidur.

24 November 2010

Qiyam, solat subuh, mathurat, tazkirah. Senaman dan khidmat diri. Perhimpunan pagi dan kawad serta sesi penggambaran. Sarapan. Kemudian ada Resolusi, iaitu Penubuhan MPP MUSLEH. Tugasan kena buat 3 jenis surat rasmi, surat kepada Perdana Menteri, Presiden IKRAM dan Lembaga Pengelola Sekolah. Kudapan. Acara penutup dan penyampaian hadiah. Alhamdulillah Al-Amin Gombak dapat Johan Pidato dan Manifesto :). Kemudian tamat.

Kami pulang menaiki bas pada jam 5.15 petang, dan sampai lebih kurang 11.45 malam di Hentian Duta.

p/s : Maaf atas kekasaran bahasa atau tersalah cakap.
p/s : maaf atas kePANJANGan post :), sbenarnya BANYAK lagi tak cerita.
p/s : kalau ada kesilapan dalam post ni, tolong tegur ana
p/s : terima kasih kepada semua individu-individu yang terlibat dalam Nadwah ini
samada secara langsung ataupun tidak langsung.
p/s : esok ada hari kad laporan doakan yang terbaik :)

Sekian. Yang baik itu daripada ALLAH, yang lemah itu kelemahan diri sendiri. Wassalam

Saturday, November 20

Blog-Ku


Salam...

Bismillah...

Selitan takrifan

Media : Alat atau perantara/medium dalam komunikasi atau dalam perhubungan

Media Massa : pelbagai jenis alat komunikasi (seperti televisyen, radio, surat khabar, majalah, dsb) yg dapat menyampaikan maklumat (berita dsb) kpd orang ramai dgn cepat (dlm masa yg singkat), sebaran am.

Blog : Tapak web yang membolehkan pengguna menulis dan menyimpan diari atau jurnal secara elektronik. E-diari atau e-jurnal ini dapat dilihat oleh pengguna web lain ataupun dijadikan tapak yang cuma dapat dilihat dengan memasukkan nama pengguna.

Takrifan diatas ni adalah sedikit perkongsian ilmu sahaja. Tiba-tiba rajin nak update blog. Jadi sekarang bukan nak cakap pasal takrif perkataan, tetapi nak cerita sedikit pasal blog ini.


Blog ini dilancarkan pada bulan Oktober 2008. Ketika itu, aku berada di tingkatan 2 nak masuk tingkatan 3. Sudah 2 tahun blog ini hidup. Aku start blogg-ing apabila diajak oleh teman rapatku iaitu Suhail Wahid.

Aku ni peminat 'anime', so blog pertama aku bukanlah blog ini, tapi blog yang bertemakan 'anime'. Kemudiannya aku delete blog tersebut dan buat blog yang baru iaitu blog ini. So jumlah kesemua blog yang aku buat adalah sebanyak 4 blog.

Time zaman awal2 aku buat blog dulu, ramai lagi takde blog, seingat aku, yang ada blog time tu, Suhail Wahid, Nawi dan Hafizuddin je. Kemudian muncul para blogger lain dalam OneSe7en yang aku jumpa, itu masa 2008. 'Zaman kegemilangan blog' la katakan.

Dulu, bila aku post, kebanyakan post aku orang kata 'panjang' sangat. Kemudian mereka malas nak baca post aku, baca skip-skip je. Kadang-kadang aku paksa otak aku untuk keluarkan idea nak tulis dalam blog. Dah macam-macam jenis post aku isi dalam blog ni. Alhamdulillah aku tiada 'rasa' untuk 'delete' blog ini.

Blogg-ing ni dah jadi macam hobi dah bagi aku. Aku suka dengan kemudahan-kemudahan yang disediakan, macam-macam widget boleh letak, boleh letak lagu la, chatbox la, blog list la, macam-macam lagi. Blog ni sudah banyak kali aku tukar template, serta banyak kali berganti-ganti widget.

Dalam aku seronok blogg-ing, pada masa yang sama aku juga belajar ketika menulis dan membaca. Sambil-sambil aku baca blog orang lain, aku dapat 'ibrah' dari post mereka. Sambil-sambil aku menulis dalam blog, kadang-kadang aku akan cari ayat Quran atau Hadith untuk diletakkan dalam blog aku ni. Semakin lama aku berblogg-ing, semakin bertambah ilmu aku yang sedikit ini, InsyaALLAH. Aku harap blog aku ni boleh dijadikan sebagai medan dakwah selain berkongsi pengalaman, InsyaALLAH.

Tetapi apabila 'muncul' facebook dan rakan-rakannya, ramai orang dah buat akaun, blog mula ditinggalkan dan diabaikan. Sampai sekarang, hanya beberapa orang sahaja yang masih meng'update' blog mereka antaranya ialah Mu'az, Izzat, dan newbie Fitri. Kalau dulu, bukan main lagi, kalau boleh tiap2 hari nak update letak post baru, cerita itu cerita ini. Tapi sekarang? hm.

Itulah media, sekarang ni macam-macam ada, facebook, twitter, formspring, tumblr, apa lagi? macam-macam la, diluar sana banyak lagi laman-laman sosial yang direka untuk melalaikan ummat Islam, kan? Astaghfirullah. Astaghfirullah. Astaghfirullah.

Itu sahaja kot setakat ni, sambung lain kali.

p/s 1 : maaf atas keruntuhan tatabahasa hehe :D
p/s 2 : esok malam dah bertolak ke Sg. Petani utk program Nadwah Kepimpinan, doakan kami :)
p/s 3 : alhamdulillah aku dah belajar sedikit sebanyak tentang 'computer programming'

Yang baik itu daripada ALLAH, yang lemah itu kesilapan diri sendiri

Wallahua'lam,

Semoga ALLAH redha.

Wassalam.

Belajar

Assalamualaikum...

Bismillah...

Apa khabar? Cuti ni manfaatkan tak? Banyak buang masa ya? Hm. InsyaALLAH mulai esok, aku akan start belajar 'programming' daripada ayahku . Yeah, belajar IT la, kata pakar IT kan.

Alhamdulillah ada gak manfaat masa-masa dalam cuti ni, kalau tak asyik duk ngadap PC bukak facebook segala benda tu la kan? buang masa tu, astaghfirullah. Hm, agak-agak tercapai tak matlamat aku nak mahir yer, da la basic pon takde, esok belajar lebih kurang 4 jam !

Benda ni pun ilmu jugak kan? Islam sendiri menuntut ummatnya supaya menuntut ilmu.
InsyaALLAH, ana harap para pembaca dapat manfaatkan baki masa lapang yang ada, jangan menyesal nanti ! Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna lagi.

Keputusan kat SPS, dah 3 subjek keluar. Markah ada yang menakutkan, ada yang menggembirakan hati.

Hari Isnin ni pulak ada Nadwah Kepimpinan, ahad dah kena bertolak ke Sg.Petani, Kedah , doa-doa ilmu aku ditambahkan lagi dan dapat dimanfaatkan ilmu tersebut.

Wallahua'lam

Assalamualaikum.