Thursday, September 15

Warkah Buat Faqih, Anak Sulung Ayah.

بسم الله الرحمن الرحيم



Alhamdulillah. Pada 5 September 2016, telah lahir seorang bayi lelaki putera sulungku. Namanya Faqih bin Ahmad Isyraf Imrani.

Walaupun lahir 3 minggu awal, alhamdulillah semuanya baik-baik belaka.

By the time Faqih baca warkah ni, Faqih dah besar and inshaAllah boleh faham apa yang ayah nak sampaikan. Ayah harap Faqih boleh baca sampai habis, panjang ni ayah nak tulis, hehe.

Thursday, May 5

3D 2Y

بسم الله الرحمن الرحيم

"Instead of 3 days, let's meet in about 2 years from now."


Kalau siapa yang follow anime One Piece, pasti familiar dengan term 3D2Y ni. Term ini digunakan oleh Monkey D. Luffy aka Mugiwara no Rufi (Straw Hat Luffy) untuk memberi mesej kepada nakama, rakan sepasukannya.

Pada awalnya, Luffy berjanji dengan crewmatenya untuk berjumpa 3 hari kemudian apabila berpisah. Selepas bermuhasabah, Luffy membuat keputusan untuk training selama 2 tahun sebelum pergi ke New World, tempat di mana cabaran, musuh dan kesusahan ada pada level yang sangat dahsyat.

Saturday, April 30

Dah 4 bulan rupanya.

بسم الله الرحمن الرحيم


Antara breakfast yang kreatif.


Khutbah harini di Ohio Union, aku antara orang yang paling boleh relate. Pasal marriages, disampaikan oleh orang yang pakai baju Melayu dan bersongkok, tak sure dia orang Malaysia ke tidak, tak sempat pula nak sembang sebab ada final exam Statistics.

Antara keypoint harini.

Friday, April 29

Pesanan Sebelum Fly: Part 2

بسم الله الرحمن الرحيم

Di airport Columbus, 15 Ogos 2014
Sambungan.

Setelah lebih setahun aku tinggalkan part 1. Kalini pada part 2, aku pula ingin berpesan kepada diri sendiri dan mereka yang bakal melanjutkan pelajaran ke luar negara. 

Wednesday, April 22

Pesanan Sebelum Fly: Part 1

بسم الله الرحمن الرحيم

Ex-Mutarobbi Sarep. Ni antara qudwah-qudwah aku dalam DnT sejak sekolah, orang-orang yang aku sangat respect. Banyak aku belajar daripada mereka. Moga Allah teguhkan pendirian mereka dalam Islam, moga semua dikurniakan Syurga.


Tanggal 14 Ogos 2014.

Aku ditakdirkan untuk terbang sambung belajar di luar negara. Specifically di Ohio State University, Columbus, USA.

Aku diberi peluang sekali lagi setelah melepasi cabaran demi cabaran, halangan demi halangan, tangga demi tangga.

Aku pergi sambung belajar dengan biayaan pinjaman MARA. Alhamdulillah sekarang dah dua semester aku disini, semester kedua pun dah nak habis.

Sangat banyak perkara yang dah berlaku, baru-baru ni, aku lihat orang viralkan tweet tentang budak yang belajar luar negara ni, asyik melancong je, yang belajar dalam negara, belajar macam nak mampus.